Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Dedah Rancangan Pasaran Indonesia – 3 Model EV, Kilang RM6.1 Bilion, 50 Cawangan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-6.jpg


Logo BYD pada model hatchback Dolphin


Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, semalam telah mendedahkan tiga model elektrik yang akan dipasarkan di negara jiran kita, Indonesia, dalam usaha untuk melebarkan sayapnya di pasaran terbesar Asia Tenggara.


TIGA MODEL ELEKTRIK BYD YANG AKAN DIPASARKAN DI INDONESIA




Slogan BYD


Sebelum ini, BYD, hanya menawarkan bas elektrik dan teksi melalui rakan kongsi tempatannya di Indonesia. Bermula tahun ini, syarikat tersebut mengumumkan bahawa tiga model elektrik akan mula ditawarkan di pasaran iaitu hatchback Dolphin, SUV Atto 3 dan sedan Seal. 


Indonesia berhasrat untuk mempercepatkan peralihan kepada EV dan menarik pelaburan ke dalam pengeluaran bateri tempatan serta rangkaian bekalan EV yang boleh memanfaatkan bekalan nikel negara tersebut, salah satu bahan penting dalam penghasilan bateri. 


PEMBINAAN KILANG PENGELUARAN BYD DI INDONESIA


Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Dr Airlangga Hartarto, melalui satu mesej video sempena pelancaran, menyatakan bahawa BYD merancang untuk melabur sebanyak AS$1.3 bilion (~RM6.13 bilion) dalam pembangunan kilang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 kenderaan.


Selain itu, BYD juga dilaporkan akan mewujudkan sejumlah 50 cawangan jualan BYD di serata Indonesia menjelang penghujung tahun 2024. 


MAKLUMAT RINGKAS BYD DOLPHIN BAGI PASARAN MALAYSIA


image.png


Majlis pelancaran BYD Dolphin di Malaysia


Untuk makluman pembaca, bagi pasaran Malaysia, Dolphin ditawarkan dalam dua varian dengan harga jualan dari  RM99,900 ke  RM124,900. Varian asas, Dynamic Standard Range, menggunakan bateri 44.9-kWh memberikannya jarak perjalanan sejauh 340 KM (WLTP) dengan sekali cas.  Varian lebih tinggi, Premium Extended Range pula menggunakan bateri berkapasiti 60.48-kWh dengan jarak maksimum kira-kira 427 KM (WLTP). 


Baca artikel pelancaran: BYD Dolphin, Harga Marhaen, Bawah RM100K

Baca artikel ulasan: Sempatlah "Merasa"2 Varian BYD Dolphin


MAKLUMAT RINGKAS BYD ATTO 3 BAGI PASARAN MALAYSIA



Majlis pelancaran BYD Atto 3, model pertama BYD untuk pasaran Malaysia


Turut ditawarkan dalam dua varian, Atto 3 dijual dalam lingkungan harga RM149,800 hingga RM167,800. Standard Range menggunakan bateri 49.9-kWh dengan jarak EV 410 KM, manakala varian Extended Range menggunakan bateri 60.4-kWh dengan jarak EV 480 KM. 


Baca artikel pelancaran: Atto 3, Satu Lagi EV Mampu Milik Dilancar, Harga Dari RM147,800

Baca artikel ulasan: Buatan China, Atto 3 Bukan Calang-Calang


MAKLUMAT RINGKAS BYD SEAL BAGI PASARAN MALAYSIA


BYD-Seal-9.jpg


BYD Seal


Sementara itu, sedan BYD Seal pula masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun pra-tempahan bagi model ini telah mula dibuka hari ini, 19 Januari, dengan yuran tempahan, RM1,000. Berdasarkan laman web pra-tempahan BYD Seal, sedan ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Dynamic, Premium dan Performance dengan kapasiti bateri serendah 61.44-kWh ke  82.56-kWh. Jarak EV model ini adalah dari 510 KM ke 650 KM (NEDC). 

Baca: Teaser BYD Seal Didedahkan, Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi?

Sumber: The Edge Malaysia, The Star

Tag:

BYD Atto 3
BYD Dolphin
BDY Seal
BYD Indonesia
BYD EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

11-11-2025
Kereta Baru
Kereta Baru
EV

23-06-2025

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026