Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto-2-Caricarz-(2).jpg


BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna. Spesifikasi versi terbaru bagi tahun 2026 tersebar setelah dokumen yang difaikan kepada laman web Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China didedahkan kepada umum. Berdasarkan fail tersebut, model ini diberikan perubahan yang ketara dalam aspek teknologi dan prestasi. 


Peningkatan Aspek Mekanikal


BYD Atto 3 2026 dilaporkan menggunakan motor elektrik yang sama seperti pada sedan Seal EV, menghasilkan kuasa sehingga 230 kW (308 hp), peningkatan sebanyak 107 hp berbanding versi sebelumnya. Tenaga lebih besar ini juga disokong oleh penggunaan teknologi binaan elektrikal 800V, membolehkan pengecasan pantas DC dengan input sehingga 150 kW, hampir dua kali ganda lebih cepat berbanding sebelum ini.


Dimensi Kekal, Namun Berat Bertambah


BYD-Atto-2-Caricarz-(8).jpg


Dari segi dimensi, Atto 3 kekal sama dengan panjang 4,455 mm, lebar 1,875 mm dan tinggi 1,615 mm, dengan jarak roda 2,720 mm. Walau bagaimanapun, berat SUV ini meningkat kepada 1,880 kg, petanda penggunaan bateri FinDreams bersaiz lebih besar di sebalik casisnya. 


Rekaan Lebih Sporty & Elegan


BYD-Atto-2-Caricarz-(3).jpg


Rekaan luar Atto 3 2026 menyamai gaya model facelift 2025 yang pernah dipertontonkan awal tahun ini, termasuk gril trapezoid yang besar, lampu depan berwarna gelap, tiang D berwarna hitam kelam dan rim aloi 18 inci terbaru. 


Ciri Bantuan Pemanduan Meningkat


BYD-Atto-2-Caricarz-(12).jpg


Awal tahun ini, BYD memperkenalkan sistem bantuan pemanduan God’s Eye C atau DiSus 100 pada Atto 3 yang dilengkapi 29 sensor seperti kamera, radar dan unit ultrasonik, meningkatkan keupayaan ADAS kenderaan ini secara signifikan.


Peluang Tiba Di Pasaran Malaysia


BYD-Atto-2-Caricarz-(6).jpg


Atto 3, yang pertama kali dilancarkan di China pada Februari 2022 sebagai Yuan Plus, menjadi model BYD terlaris dengan rekod jualan lebih daripada sejuta unit di lebih 110 negara. Bagaimanapun, kehadiran pesaing baharu dengan teknologi pengecasan lebih pantas dan prestasi lebih hebat mula menjejaskan kedudukan Atto 3.


Versi baharu ini berpotensi menyelamatkan model ini daripada 'tenggelam' dalam lautan model-model EV lain.  Dengan penggunaan motor EV Seal, teknologi bervoltan tinggi 800V,  serta sistem bantuan pemandu yang lebih canggih, Atto 3 sedia untuk kembali menawan hati pengguna sebagai crossover elektrik yang menarik dalam kelasnya.


Persoalannya kini adakah BYD Malaysia akan membawa masuk versi terbaru ini untuk menghidupkan kembali jualan Atto 3 yang kini agak perlahan? Sekiranya ya, kehadiran model ini sebagai model yang dipasang secara tempatan(CKD) adalah sangat masuk akal, terutamanya selepas BYD mengumumkan rancangannya untuk membangunkan kilang CKD di Tanjung Malim. Dengan peningkatan kuasa dan teknologi, Atto 3 boleh kembali relevan dan bersaing sengit dengan Proton e.MAS 7.

Tag:

BYD
BYD Atto 3
BYD Atto 3 2026
Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

EV
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026