Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fasiliti Ini Adalah Bilik Pameran Terbesar BMW

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria, rangkaian pusat pengedaran BMW bertauliah yang terbesar di Malaysia merasmikan  bilik pameran canggih mereka yang terletak di Balakong, Selangor, pagi tadi.

Ia yang dibina menerusi konsep Retail.NEXT sepenuhnya akan menjadi antara bilik pameran BMW Group yang terbesar di negara ini.

image.png

Fasiliti yang seluas 240,057 kaki persegi menyediakan suasana kelas pertama  mencerminkan Pengalaman Pemilikan Premium menerusi bahasa rekaan moden serta latar hadapannya yang merangkumi sebuah taman dan teres luar.

Terdapat ruang serba interaktif  yang dilengkapi dengan alatan niaga digital yang inovatif terletak di lokasi-lokasi strategik merentasi bilik pameran tersebut.

Bilik pameran ini juga akan membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan keeksklusifan.  

image.png

Ia juga akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah bagi membolehkan para pelanggan mendapat akses kepada ruang bertaraf premium.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pihaknya cukup teruja untuk membuka tirai bilik pameran BMW yang antara terbesar di Malaysia untuk sesi previu yang eksklusif .

image.png

“Ia menandakan satu titik sejarah yangsignifikan dalam komitmen kami untuk membawakan pengalaman automotif yang cemerlang buat para pelanggan. 

“Konsep pusat pengedaran Retail.NEXT ini berunsurkan fizikal-digital dengan estetika moden dan juga persekitaran yang menarik,” katanya.

Auto Bavaria Balakong ini mempamerkan pelbagai model kenderaan daripada BMW Group termasuk model-model BMW dan BMW i, di samping kenderaan daripada portfolio MINI, BMW dan BMW Premium Selection. 

Bilik pameran ini terletak di Jalan Balakong dan waktu operasi bermula dari  8 pagi-5 petang untuk hari Isnin-Jumaat, 8 pagi-5.30 petang pada Sabtu dan 10 pagi-5 petang setiap Ahad.


Gallery

Tag:

Auto Bavaria Malaysia
BMW Motorrad
BMW MINI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bilik Pameran Baharu Ini Sudah Dinaik Taraf

Auto Bavaria baru sahaja membuka bilik pameran terbaharunya yang terletak di Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

25-03-2024
Berita Auto

SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama

Nak raya Cina, jom sewa BMW iX dengan Hertz Malaysia.

06-02-2024
EV

Skuter Retro Unik BMW CE 02 X Vagabund Didedahkan – Ada Speaker Mudah Alih

BMW Motorrad baru-baru ini telah mendedahkan versi unik skuter elektrik, BMW CE 02 .

05-08-2024
Gaya Hidup

Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW

Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

19-06-2024
Berita Auto

MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!

,BMW Group Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model BMW, MINI serta BMW Motorrad.

22-05-2024
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak

MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

02-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026