Link Copiedcheck_circle
EV

Imej BMW i5 Touring Bocor Lebih Awal, Dilancarkan Musim Bunga 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-M5Touring-Teaser-3.jpg


Menjelang pelancarannya di peringkat global pada musim bunga tahun ini, beberapa imej BMW i5 Touring tersebar di internet. Foto yang dikongsikan oleh pengguna Instagram @wilcoblok itu menunjukkan wagon segmen D baharu dengan jelas tanpa sebarang pelekat samaran atau litupan kain. 


BMW-i5-Touring-LeakedImages-Wilcoblok-1.jpg


Imej pertama yang dikongsikan menunjukkan sudut hadapan daripada tepi BMW i5 Touring (Sumber: Instagram @wilcoblok)


Imej pertama mempamerkan sudut hadapan daripada bahagian tepi i5 Touring. Selain tampil dengan bumbung yang lebih panjang, secara keseluruhannya model ini kelihatan tidak jauh  berbeza daripada model sedan, dengan ‘muka’ serupa menggunakan rekaan gril ‘kidney’ dengan bingkai yang bercahaya. i5 Touring diberikan rim dalam reka bentuk yang berbeza, dengan jejari yang lebih tertutup dalam gabungan dua warna. 


BMW-i5-Touring-LeakedImages-Wilcoblok-2.jpgBMW-i5-Touring-LeakedImages-Wilcoblok-3.jpg


Imej kedua dan ketiga menunjukkan sudut belakang i5 Touring (Sumber: Instagram @wilcoblok)


Imej kedua dan ketiga yang didedahkan memaparkan sudut belakang i5 Touring.  Seperti yang ditunjukkan dalam imej teaser sebelum ini, wagon ini mempamerkan sepasang lampu belakang LED yang halus dengan reka bentuk yang sedikit berbeza dari apa yang kita lihat pada sedan i5. Selain itu, wagon ini diberikan aksen bampar belakang yang sporty sama seperti model sedan. Sementara itu, garis bumbung wagon yang dipanjangkan serta sepasang rel bumbung berwarna hitam berkilat menyerlahkan lagi aura sporty dan agresif model ini.


Walaupun imej-imej yang dibocorkan ini memaparkan model elektrik i5 Touring, kita boleh menjangkakan versi ICE juga akan hadir dalam reka bentuk yang sama, namun ditambah dengan ekzos yang lebih sporty di bahagian belakang.


BMW-i5-eDrive40_-2.jpgBMW-i5-eDrive40_-5.jpg


Sedan BMW i5 eDrive40 yang baru dilancarkan di Malaysia tahun lalu dilengkapi dengan satu motor elektrik belakang berkuasa 335 HP (250 kW) dan 430 NM.


Buat masa ini, BMW belum mendedahkan butiran teknikal bagi kedua-dua i5 Touring dan 5 Series Touring generasi kelapan, tetapi kami percaya wagon elektrik ini akan ditawarkan dengan pilihan motor tunggal dan dua motor seperti kembar sedannya, manakala varian ICE akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan kuasa hibrid - termasuk M5 Touring yang dikatakan akan memiliki enjin hibrid plug-in (PHEV) enam silinder yang mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 789 HP.


BMW-G61-5Series-Touring-Teaser.jpg


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, BMW i5 Touring baharu dijangka akan membuat penampilan globalnya pada musim bunga tahun ini, dan bakal memasuki pasaran yang mesra wagon seperti negara kelahirannya, Jerman, dan negara-negara Eropah lain. Pelancaran model ini di pasaran lain masih belum diketahui.


Tag:

BMW Wagon
BMW i5 Touring
Imej BMW i5 Touring Bocor
Imej Bocor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Wagon Elektrik, BMW i5 Touring, Buat Kemunculan Sulung di Singapura

Wagon elektrik BMW i5 Touring G61 akhirnya membuat penampilan pertamanya di rantau ASEAN di Singapura. Ini spesifikasinya...

25-07-2024
EV

Teaser BMW 5 Series & i5 Touring Didedah: Segalanya Yang Kita Tahu Setakat Ini

Teaser terbaru daripada jenama automotif Jerman ini telah mengesahkan bahawa versi wagon bagi 5 Series bakal diperkenalkan. Ini perinciannya...

24-01-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026