Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Darby Beyond Auto Terajui Pasaran EV Sebab ATTO 3, Dolphin

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar eksklusif BYD di Malaysia, Sime Darby Beyond Auto (SDBA) meraikan pencapaian yang cukup cemerlang pada tahun lalu disebabkan model BYD Atto 3 dan BYD Dolphin menerajui pasaran kenderaan elektrik (EV)  di Malaysia.

image.png

BYD ATTO 3 dan Dolphin dilihat cukup laris di Malaysia disebabkan harganya yang berpatutan, dilengkapi dengan teknologi canggih selain menawarkan jarak gerak sejauh 480 km dengan hanya sekali cas.

image.png

Menerusi ciri-ciri yang ditawarkan itu, ia menjadi pilihan utama buat rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, pencapaian itu mencatatkan jualan EV tertinggi pada 2023 mencerminkan sokongan dan kepercayaan kukuh yang diberikan oleh pengguna Malaysia terhadap BYD.

“Rangkaian sokongan lepas jualan kami yang menyeluruh di seluruh negara adalah punca kejayaan. 

“Kami cukup teruja untuk menyediakan perkhidmatan luarbiasa dan penjagaan teknikal kepada semua pemilik BYD,” katanya dalam satu kenyataan.

Photo-1-(8).jpg

Terdahulu, SDBA telah menyambut ketibaan tahun 2024 dengan mengadakan acara sambutan Tahun Baharu Cina di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.

Acara tersebut mendapat sambutan luar biasa, apabila pihak SDBA menerima 660 tempahan bagi model BYD Atto 3 dan BYD Dolphin.

Untuk itu,  SDBA bakal melancarkan siri promosi menarik, tawaran eksklusif dan kempen hebat dengan kadar faedah 0%. 

Inisiatif  ini bertujuan untuk mengekalkan momentum dan memberikan nilai yang tiada tandingan kepada rakyat Malaysia yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik.

Photo-2-(3).png

Jadi, bagi yang berminat untuk membeli BYD Seal, anda boleh membayar yuran tempahan sebanyak RM1,000 bagi mengesahkan status sebagai salah satu daripada pembeli terawal BYD Seal.

Yuran ini adalah sebahagian daripada harga kenderaan dan wang pendahuluan manakala pengembalian wang tempahan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/.

Gallery

Tag:

BYD
BYD ATTO 3
byd seal
BYD Dolphin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026