Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Panggil Semula Vios & Veloz –Isu Pemasangan Suspensi, Boleh Tertanggal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-ToyotaVeloz-MBA-(2).jpgCariCarz_Vios-2023-009.jpg

UMW Toyota Motor (UMWT) membuat pemanggilan semula dua model yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA, Veloz (kiri) dan Vios (kanan)


UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan notis pemanggilan semula khas bagi model yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA, Vios dan Veloz. Perkara ini didedahkan di media sosial melalui perkongsian foto yang memaparkan surat kepada pemilik daripada UMWT. 


421670974_753463912962353_5384179139304156575_n.jpg


Berdasarkan isi kandungan surat tersebut, UMWT membuat pemanggilan semula khusus bagi model Vios dan Veloz (Sumber: Facebook)


Apa yang penting, pemanggilan semula yang dibuat ini tidak berkait dengan skandal Daihatsu yang berlaku baru-baru ini. Sebaliknya, pemanggilan semula ini dibuat dengan tujuan untuk mengetatkan nat pada pada penyerap hentak di bahagian hadapan kereta. Surat tersebut turut menjelaskan punca masalah yang berlaku iaitu kerana “arahan pengetatan yang tidak betul untuk [pemasangan] nat yang menghubungkan bahagian atas pengerap hentak hadapan.” Ini boleh menyebabkan tork pengetatan nat tidak mencukupi. 


Caricarz-ToyotaVeloz-MBA-(12).jpgCariCarz_Vios-2023-013.jpg


Pemanggilan semula ini tidak berkait dengan skandal Daihatsu baru-baru ini


UMWT juga memaklumkan kepada penerima surat bahawa sekiranya isu ini tidak diatasi, nat boleh menjadi longgar dan mengeluarkan bunyi yang tidak normal. Selain itu nat juga boleh tertanggal dan menyebabkan kenderaan hilang kestabilan. 


Baca: Toyota Hentikan Penghantaran 10 Model Diesel – Hilux, Fortuner & Banyak Lagi


“Oleh itu, kami sedang menjalankan kempen servis khas untuk menyelesaikan isu ini,” ujar UMWT. 


Buat masa ini, pihak UMWT tidak menjelaskan berapa unit Vios dan Veloz yang terlibat dalam pemanggilan semula ini. Namun, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka akan membuat pengumuman pemanggilan semula dalam masa yang terdekat. 

CariCarz_Vios-2023-049.jpgCaricarz-ToyotaVeloz-MBA-(4).jpg

Tag:

UMWT
UMW Toyota Motor (UMWTM)
Toyota Vios
Toyota Veloz
Pemanggilan Semula
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser

Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya.

31-07-2025
Berita Auto

Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan

Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.

25-06-2025
Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.

23-05-2025
Berita Auto

UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama.

20-05-2025
Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.

12-04-2025
Berita Auto

Baru Dua Bulan, UMW Toyota Jual Lebih 12,000 Unit Kenderaan!

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 6,632 unit bagi Februari 2025, peningkatan ketara berbanding 5,383 unit yang direkodkan pada Januari.

11-03-2025
Berita Auto

UMW Toyota Buka Tirai 2025 Dengan Jualan 5,383 Unit!

UMW Toyota Motor (UMWT) memulakan tahun 2025 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan jualan memberangsangkan mencecah 5,383 unit pada Januari.

07-02-2025
Berita Auto

UMWT Jual Lebih 100K Unit Kenderaan Tiga Tahun Berturut-Turut – Ini Penyumbangnya...

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengukir sejarah baharu pada tahun 2024 setelah berjaya melepasi angka penjualan 100,000 unit kenderaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

08-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Dalam 2 Tahun, KKR Terima 39,371 Aduan Jalan Rosak Menerusi Apliksi MyJalan KKR

Bermula dari Ogos 2023 hingga 30 Jun lepas, aplikasi MyJalan KKR menerima sebanyak 39,371 aduan berkaitan kerosakan jalan raya dan semua jalan itu perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam.

07-08-2025
Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025