Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lokatag Pro Dilancarkan – Satu Peranti Pelbagai Fungsi Yang WAJIB Pemilik Kereta Miliki

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lokatag-Pro-device.jpg


Lokatag Pro, satu peranti dengan dua fungsi


Jika anda inginkan ruang papan pemuka atau dashboard kereta yang lebih lapang, peranti yang telah diperkenalkan baru-baru ini WAJIB untuk dimiliki. Peranti yang dimaksudkan ialah Lokatag Pro yang diperkenalkan oleh anak syarikat milik Amtel Digital Sdn Bhd, Lokatag. 


Syarikat yang sebelum ini terkenal dengan peranti pembaca tol, kali ini, hadir dengan inovasi baharu yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia. 


APA ITU LOKATAG PRO?


Lokatag Pro telah direka khas untuk membolehkan dua fungsi digabungkan dalam satu peranti sama iaitu pembaca tol dan video kamera papan pemuka (dashcam)


APA YANG MENARIK DENGAN TEKNOLOGI LOKATAG PRO?


Peranti ini menggunakan teknologi pengimbas inframerah daripada Efkon yang menyokong kedua-dua kad Touch 'n Go biasa dan juga baharu dengan NFC. Teknologi ini memudahkan pengguna untuk melalui lorong SmartTAG tanpa perlu memberhentikan kenderaan. 


Loka-App.jpg


Pelbagai fungsi Lokatag pro boleh diakses melalui aplikasi Loka


Selain itu, Lokatag Pro turut dilengkapi dengan pelbagai ciri lain seperti penjejak GPS, notifikasi masa nyata, serta kemas kini atas talian (OTA) melalui aplikasi Loka, yang membolehkan penjejakan laluan SmartTAG dan bayaran tol yang  telah dibuat. 


Sistem lain yang menjadi sebahagian daripada Lokatag Pro adalah ciri suara AI yang boleh memberikan maklumat terkini berkenaan baki kad Touch ‘n Go dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.


Lokatag-Pro.jpg


Pra-tempahan Lokatag Pro kini telah dibuka, dengan harga jualan RM1,799


Lokatag Pro juga dilengkapi dengan sensor terbina dalam (built-in) dan sistem pemantauan yang boleh meletakkan tag geo secara automatik sekiranya mengesan insiden. Ciri ini penting untuk tujuan pengumpulan bukti, serta memberi amaran pengguna tentang aktiviti mencurigakan di sekitar kenderaan. 


CARA UNTUK MEMBELI LOKATAG PRO


Penghantaran awal peranti ini dijadualkan bermula pada bulan Mac ini. Pra-tempahan untuk Lokatag Pro kini telah dibuka pada harga RM1,799. Pembelian boleh dibuat melalui laman web rasmi Lokatag dan juga Shopee Lokatag. Jualan runcit di kaunter juga dijangka akan bermula pada bulan Mac melalui pengedar sah Lokatag. 

Tag:

Lokatag Pro
Lokatag
Pembaca Kad
Video Kamera Papan Pemuka
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026