Link Copiedcheck_circle
Global

36 Jurutera Terlibat Dalam Pembangunan Enjin Rotari

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sudah bukan rahsia lagi, Mazda mahu membawa semula  enjin rotari memandangkan  unit baharu SP Concept  yang  cukup menakjubkan  telah diperkenalkan pada  tahun lepas.

Bagi mengukuhkan komitmennya,  Mazda telah menubuhkan  pasukan pembangunan enjin rotari yang dikenali sebagai 'RE Development Group'.

image.pngimage.png

Pasukan yang terdiri daripada 36 jurutera ditugaskan untuk membangunkan enjin rotari tersebut.

Kali terakhir enjin rotari dihasilkan ialah pada tahun 2012 apabila Mazda akhirnya menghentikan pengeluaran kereta sports yang menggunakan enjin rotari, RX-8 Spirit R.

image.png

Buat masa ini, syarikat jenama Jepun itu tidak hanya mengatakan bahawa unit rotari  baharu akan menjadi asas untuk "kereta-kereta baharu yang akan mengujakan para pelanggannya.

Bagaimanapun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Katsuhiro Moro sebelum ini memberikan petunjuk bahawa model enjin rotari akan dibawa kembali semula.

Bercakap semasa pameran Tokyo Auto Salon 2024 bulan lalu, Moro berkata:

 "Saya sangat gembira dan sangat terharu dengan semua sokongan dan galakan yang saya terima untuk kereta konsep sport kompak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. .

“Dengan galakan anda, kami akan  menubuhkan pasukan pembangunan  enjin rotari  pada 1 Februari nanti (semalam) bagi menerokai enjin  tanpa omboh itu,"ujarnya.

image.png

Mazda  menegaskan bahawa enjin rotari baharu itu akan digunakan sebagai penjana sistem elektrik baterinya, seperti yang digunakan oleh MX-30 e-Skyactiv R elektrik.

Dalam kes Iconic SP, satu enjin rotari  dua pemutar digunakan untuk mengisi pek bateri, yang kemudian akan memacu motor elektriknya.

Apa yang menarik, Mazda mendakwa bahawa enjin rotari itu boleh menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui termasuk hidrogen dan petrol.

Menyentuh mengenai Iconic SP, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 365 hp. 

image.png

Dari segi dimensi, kereta konsep ini berukuran 4,180 mm panjang, selebar1,850 mm lebar, dan setinggi 1,140 mm sekali gus , menjadikannya lebih besar sedikit daripada model kereta sports Mazda terkini seperti MX-5 Miata RF.

Di sebalik semua ini, sekiranya Mazda membuat keputusan untuk menghasilkan  kereta Iconic SP yang boleh digunakan atas jalan raya, maka ia akan menjadi kereta sports ke-13 Mazda yang menggunakan enjin rotari.


Gallery

Tag:

Mazda
Miata RF
ICONIC SP
RX-8 Spirit R
MX-30 rotary
rotary engine
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).

14-05-2025

Berita Terkini

Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025