- Berita
- Global
- Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?
Volvo Henti Bantu Polestar Bangunkan Kereta Sports Elektrik – Tindakan Bijak?
Volvo Cars mengumumkan keputusannya untuk menghentikan sokongan kewangan kepada Polestar Automotive Holding, memindahkan tanggungjawab terhadap jenama kereta mewah yang kini sedang berhadapan dengan masalah kepada Geely Holdings, pemegang saham terbesar Volvo di China. Berita ini melonjakkan saham pengeluar automotif Sweden tersebut kepada 30% sewaktu pasaran dibuka.
Baca: Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
Penganalisis mengkritik penglibatan Volvo Cars dalam Polestar dengan pegangan sebanyak 48% yang dilihat sebagai beban kepada sumber Volvo. Seperti jenama EV baharu yang lain, Polestar berhadapan dengan cabaran besar terutamanya ancaman perang harga yang dimulakan Tesla tahun lalu.
Pada awal bulan ini, Polestar mengumumkan bahawa syarikatnya tidak berjaya mencapai sasaran penghantaran yang telah dikurangkan untuk tahun 2023. Sejak bergabung dengan SPAC pada bulan Jun 2022, saham Polestar telah merundum jatuh sehingga 83%.
Volvo Cars juga mempertimbangkan untuk memindahkan saham Polestar kepada syarikat pemegang sahamnya sendiri, Geely, sebagai pemilik utama jenama tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan, Geely menyambut baik keputusan Volvo, menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan operasi dan kewangan kepada jenama Polestar.
Geely turut menjelaskan bahawa sokongan ini tidak akan memberi kesan kepada pegangan Geely Holding dalam Volvo Cars. Walau bagaimanapun, penganalisis, Bernstein mengesyaki kemungkinan Geely untuk menjual sahamnya dalam Volvo.
Berdepan dengan keadaan pasaran yang mencabar, Polestar mengumumkan rancangan untuk menghentikan kira-kira 450 kakitangan di seluruh negara, iaitu kira-kira 15% daripada tenaga kerjanya. Pada bulan November, syarikat tersebut menyasarkan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan luar melalui pelan perniagaan yang telah disemak semula, termasuk usaha untuk mendapatkan pinjaman tambahan daripada Volvo dan Geely.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang kemampuan Polestar untuk terus maju, dan sama ada gabungan syarikat Polestar dengan Geely adalah satu keputusan yang baik.
Sumber: REUTERS
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv