- Berita
- Global
- BYD Bakal Tubuh Kilang EV Di Mexico – Syarikat Automotif AS Menggeletar
BYD Bakal Tubuh Kilang EV Di Mexico – Syarikat Automotif AS Menggeletar
-full_normal.webp)
Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD dilaporkan merancang untuk memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan kilang EV baharu di Mexico.
Penubuhan kilang ini berkemungkinan besar satu langkah strategik daripada BYD untuk mewujudkan hab eksport bagi pasaran Amerika Utara. Matlamat utama usaha ini adalah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar EV terkemuka di dunia, supaya dapat terus mengatasi pesaingnya, Tesla, mengekalkan prestasi yang berjaya direkodkan pada suku keempat tahun lalu.

Salah satu komponen penting dalam peningkatan jualan BYD adalah tawaran kenderaan mampu miliknya yang pelbagai. Walaupun sejumlah besar jualannya adalah dari negara China, syarikat ini bersikap proaktif dalam usaha mengembangkan sayapnya ke serata dunia.
Di pasaran Malaysia, BYD telah melancarkan dua buah model yang menerima sambutan menggalakkan dalam tempoh hanya setahun iaitu SUV Atto 3 dan hatchback Dolphin. BYD juga dijangka akan melancarkan sedan Seal yang akan menjadi pesaing terdekat Tesla Model 3 bulan ini.
-full_normal.webp)
Mengulas mengenai pembinaan kilang BYD di Mexico, Pengurus BYD Mexico, Zhou Zou berkata, "memiliki hab pengeluaran luar negara sangat penting untuk penubuhan jenama antarabangsa yang sebenar.”
Perkara ini bagaimanapun menimbulkan kebimbangan syarikat pengeluar kenderaan AS kerana ini jelas akan menjadikan persaingan industri bertambah sengit.
Selain itu, pemilihan Amerika Latin sebagai lokasi untuk memperluaskan pasaran dan penubuhan kompleks BYD bernilai AS$620 juta di Brazil, menunjukkan keyakinan BYD terhadap pasaran tersebut.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Buat masa ini, BYD telah melancarkan pelbagai produk EV di pasaran Mexico. Ini termasuk model-model seperti Han, Tang, Atto 3, Dolphin dan Seal, serta kenderaan PHEV, Song Plus DM-i. Bukan itu sahaja, BYD turut menawarkan bas elektrik dan casis komersial di negara tersebut.
Kini, BYD juga sedang membuat pertimbangan untuk memiliki servis penghantaran sendiri melalui pembelian kapal pengangkutan kenderaan bagi mengatasi isu kekurangan servis perkapalan ke luar negara. Pada bulan Disember, BYD telah membeli sebuah kapal ro-ro (roll-on/roll-off), Explorer 1, yang rendah karbon, dan mampu menampung sehingga 7,000 buah kenderaan.
Sumber: MexicoBusinessNews
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv