- Berita
- Global
- BYD Seal 06 Bakal Masuk Tak Lama Lagi!

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) di China mendedahkan model sedan hibrid plug-in (PHEV) terbaharu, BYD Seal 06, baru-baru ini.
Ia yang merupakan ahli keluarga terbaharu dari ‘Ocean series’ kini menembusi barisan Seal EV, Seal DM-i PHEV dan Seal U.
Seal 06 dibangunkan berdasarkan pelantar DM-i hibrid.
Ia ditawarkan dengan dua pilihan motor elektrik, iaitu 120 kWj (TZ210XYB) dan 160 kWj (TZ210XYC) yang dikeluarkan di kilang Hefei BYD.

Kedua-dua varian dijana oleh enjin pembakaran dalaman (ICE) BYD472QC 1.5 liter yang menjana 74 kW. Kelajuan maksimum kedua-dua varian dihadkan kepada 180 km/j.
Sedan 06 ini sepanjang 4,830 mm, selebar 1,875, setinggi 1,495 mm manakala jarak roda ialah 2,790 mm.

Jentera seberat antara 1,660 kilogram hingga 1,775 kg namun bergantung kepada varian dan trenkuasanya.
Bagaimanapun, kapasiti bateri tersebut tidak didedahkan, namun menurut sumber dari CarNewsChina, ia mempunyai dua pilihan dengan kapasiti 10 kWj dan 16 kWj dengan jarak pemanduan antara 60km dan 90km (CLTC).
Apapun, Seal 06 versi elektrik ini dijangka akan diperkenalkan pada hujung tahun ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/