Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dari 73 Kepada 18 Kereta, Ini Sebab Bilangan Kereta Dinilai Euro NCAP Jatuh Drastik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

627979.jpg


Daripada 73 pada tahun 2022, menurun kepada 18 unit kenderaan pada tahun 2023, apa yang berlaku?


Semakin lama semakin kurang kereta yang dinilai oleh  Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). Apa yang berlaku?


Pada tahun 2022, badan penilaian keselamatan Euro NCAP telah menjalankan ujian ke atas 73 model kenderaan. Namun, pada tahun 2023, bilangan kenderaan yang diuji dan disahkan oleh badan itu menunjukkan penurunan drastik kepada hanya 18 model sahaja. 


Jurucakap daripada Euro NCAP mendedahkan kepada majalah automotif UK, Autocar, bahawa “Pengeluar [kenderaan] bersemangat untuk mendapatkan penarafan bagi kenderaan mereka pada tahun 2022, menunjukkan mereka [yakin] mampu untuk mencapai sasaran [ujian] asal, sebelum skema penarafan berubah pada tahun 2023 dengan pengenalan senario ujian baharu yang lebih mencabar.”


627937.jpg


Penurunan ketara dalam bilangan kenderaan yang dinilai oleh Euro NCAP tahun lalu sebahagiannya disebabkan oleh pihak pengeluar kenderaan yang tergesa-gesa untuk menjalani ujian (pada tahun 2022) sebelum pengenalan ujian yang lebih ketat oleh organisasi tersebut, didorong oleh keinginan untuk mendapatkan penarafan yang baik sebelum protokol ujian baharu dikuatkuasakan pada tahun 2023. 


627981.jpg627901.jpg


Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan, kerana pencapaian sesebuah model dalam ujian ini memberi kesan besar kepada hasil jualan kereta kerana mampu mempengaruhi keputusan orang ramai.


Menurut organisasi tersebut, disebabkan oleh protokol ujian terbaru ini juga, pengeluar kereta kini merancang bila kenderaan akan dilancarkan dan berapa lama ia akan dipasarkan. Syarikat automotif juga membuat keputusan awal mengenai penarafan bintang yang mereka inginkan dan memastikan ia sepadan dengan versi protokol yang diikuti.  


"Pengeluar memerlukan masa untuk memahami apa yang harus dipenuhi untuk mendapat lima bintang,” tambahnya lagi. ‘


Selain perubahan kepada skema ujian, sejumlah pengeluar kini lebih banyak memberi tumpuan terhadap proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV)Faktor lain adalah pandemik Covid-19, yang mendorong badan Euro NCAP untuk memanjangkan tempoh ujian menggunakan protokol sama sejak tahun 2020 sehingga 2022, tambahan selama setahun. 


Akibat pandemik, "Banyak pengeluar terpaksa menangguhkan pengenalan kereta baharu kerana terjejas oleh isu kekurangan cip, menyebabkan jumlah pengeluaran dikurangkan dan kelewatan," tambah jurucakap Euro NCAP lagi.

627901.jpg

Tag:

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Eropah (Euro NCAP)
Euro NCAP
Euro NCAP 2023
Euro NCAP 2022
Penilaian Keselamatan Kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

16-10-2025
EV

19-09-2025
Teknologi
EV

22-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026