Link Copiedcheck_circle
EV

smart #3 SUV Elektrik Paling Selamat? Raih Euro NCAP 5 Bintang!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart--3-Euro-NCAP-(8).jpg


SUV coupe, smart #3, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia iaitu pada separuh kedua tahun 2024 baru-baru ini telah menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).



smart #3 berjaya memenuhi semua keperluan keselamatan 2023 Euro NCAP dengan cemerlang terutamanya untuk perlindungan penumpang dewasa (90%), diikuti oleh kanak-kanak (86%) dan pengguna jalan raya (84%). Sementara itu, bagi kategori keselamatan tambahan (auxiliary) pula 85%. Berdasarkan pencapaian ini, smart #3 mencatatkan markah keseluruhan tertinggi untuk perlindungan penumpang dewasa dalam kategori kereta kecil. 


smart--3-Euro-NCAP-(6).jpg


Euro NCAP turut membuktikan smart #3 ialah model terbaik dari segi prestasi sistem bantuan keselamatan berbanding model-model lain yang telah diuji pada tahun 2023. 


Model sebelum ini, smart #1 turut memperoleh taraf lima bintang daripada Euro NCAP dan China New Car Assessment Programme (C-NCAP). Pencapaian ini sekaligus membuktikan komitmen syarikat terhadap keselamatan produk dengan mengekalkan standard kualiti yang tinggi.


smart--3-Euro-NCAP-(THUMB).jpeg


Dalam ujian perlanggaran hadapan, perlanggaran offset hadapan dan ujian pelanggaran tiang sisi, smart #3 mempamerkan prestasi yang baik.


Menurut pihak smart, struktur keseluruhan badan smart #3 direka untuk memenuhi semua standard keselamatan dunia. Tiang A, tiang B dan terowong tengah (centre tunnel) diperbuat daripada 19% keluli yang dibentuk melalui pemanasan (hot-formed steel) dan 74% keluli berketahanan tinggi, yang meningkatkan ketegaran dan kekuatan torsi (torsional).


smart--3-Euro-NCAP-(9).jpgsmart--3-Euro-NCAP-(7).jpg


Gabungan ini membolehkan smart #3 menahan impak luaran, memberikan perlindungan kepada penumpang di samping meminimumkan kerosakan pada kenderaan lain. 


Dari segi keselamatan bateri,  smart #3 menggunakan teknologi rambatan atau propagation bukan termal (NTP). Ini meningkatkan tahap keselamatan bateri, melalui pencegahan 360°, amaran automatik, penyejukan aktif, penebat termal pasif, exhaust pantas dan pemadaman (shut-off) pintar.


smart--3-Euro-NCAP-(11).jpg


Selain pertahanan pasif, smart juga merekodkan kualiti teknologi keselamatan aktif yang cemerlang. Berdasarkan ujian Euro NCAP yang dijalankan, teknologi ini mempamerkan kemampuan fungsi ramalan atau prediktif yang cukup memuaskan. 


Sistem brek keselamatan automatik (AEB) misalnya, menerima skor penuh dalam ujian simulasi trafik bandar. Ini jelas menunjukkan respon pantas kenderaan terhadap situasi kecemasan dan keupayaan untuk mengelak atau mengurangkan tahap keterukan pelanggaran.


smart--3-Euro-NCAP-(12).jpg


smart menyasarkan untuk memimpin masa depan pengangkutan urban dengan meletakkan keutamaan kepada ciri keselamatan selain komited untuk sentiasa berusaha meneroka teknologi baharu. 

Tag:

smart#3
SUV Elektrik
smart Automobiles
smart SUV coupe
Program Penilaian Kereta Baharu untuk Eropah (Euro NCAP)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-02-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

04-09-2024
EV

21-08-2024

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026