Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volvo C40 Recharge Dikemaskini – Bateri Lebih Berkuasa, Jarak Lebih Jauh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-3.jpg


Volvo C40 Recharge 2024 yang telah dikemaskini dan dipasang secara tempatan (CKD) kini dibuka untuk tempahan. 


Volvo Car Malaysia (VCM) mengumumkan bahawa Volvo C40 Recharge yang telah diperbaharui bagi tahun 2024 kini sudah boleh ditempah. Model yang diperkenalkan pada Disember 2022 ini kini dapat bergerak lebih jauh dengan peningkatan trenkuasa dan bateri.


C40 Recharge kali ini menggunakan pek bateri lebih besar  iaitu 82 kWh, berbanding sebelum ini, 78 kWh, bermaksud peningkatan sebanyak 4 kWh. Ini dipadankan dengan sistem penyejukan bateri yang lebih baik dan kemampuan input pengecasan DC yang lebih tinggi. Versi ini juga diberikan e-motor dengan tahap kecekapan yang lebih  tinggi daripada sebelum ini. 


web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-5.jpg


C40 Recharge menerima bateri baharu dengan kapasiti yang lebih besar.


web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-8.jpgweb_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-4.jpg


Kemas kini kali ini membolehkan C40 Recharge mencapai jarak EV sejauh 550 km, pertambahan lebih 100 km.


Peningkatan sistem yang diberikan pada versi 2024MY ini membolehkan C40 Recharge mencapai jarak perjalanan EV sejauh 550 km (WLTP) dengan cas penuh, pertambahan lebih daripada 100 km berbanding keluaran terdahulu, iaitu 438 km (WLTP) semasa pertama kali dilancarkan. 


Untuk pengecasan semula, C40 Recharge kini menerima input cas DC sehingga 200 kW, peningkatan 50 kW daripada had yang ditetapkan sebelum ini. Walaupun mampu menarik lebih kuasa cas yang lebih tinggi, tempoh pengecasan 10-80% kekal hampir sama iaitu 27 minit berbanding 28 minit sebelum ini.


web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-6.jpg


Kuasa 402 hp (300 kW) dan tork 670 Nm kekal sama seperti dahulu. 


Sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik juga baharu pada C40 Recharge 2024MY tetapi kekal menghasilkan kuasa sebanyak 402 hp. Bagaimanapun, menurut VCM,  motor yang dipasang pada setiap gandar telah dioptimumkan. Motor elektrik depan kini menghasilkan 157 hp (117 kW), sementara belakang pula 245 hp (183 kW). 


Kuasa tork gabungan kekal tidak berubah pada 670 Nm, tetapi VCM mendedahkan bahawa dinamik pemanduan baharu yang lebih tertumpu pada bahagian belakang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Masa pecutan 0-100 km/j C40 Recharge kekal sama pada 4.7 saat.


web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-7.jpg


Volvo C40 Recharge terbaru, hadir dengan pilihan warna kelabu 'Vapour Grey.'


Perubahan kosmetik untuk versi ini tidak begitu banyak. Antara ciri baharu Volvo C40 Recharge 2024MY adalah penggunaan lampu depan LED piksel yang lebih tajam, rim aloi aerodinamik 19-inci dan penambahan pilihan warna cat baharu kelabu 'Vapour Grey'.


Pembelian  Volvo C40 Recharge kali ini masih didatangkan dengan akses percuma selama 5 tahun untuk Perkhidmatan Digital yang merangkumi Google Assitant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi aplikasi Volvo Cars.


Volvo C40 Recharge 2024MY dijual pada harga yang sama, RM288,888. Tempahan kini boleh dibuat melalui pengedar sah Volvo atau secara dalam talian di laman web rasmi VCM.


web_CariCarz_2024-Volvo-C40-Recharge_-9.jpg




Tag:

Volvo Car Malaysia
Volvo Cars
Volvo C40 Recharge
SUV Volvo
C40 Recharge 2024MY
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Global

05-09-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Pandu Uji

24-06-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026