- Berita
- Berita Auto
- Dulu Ada Superman Kini Ada Superwoman!
Niat di hati mahu tunjuk aksi 'Superman' di lebuh raya namun tindakan itu akhirnya memakan diri sendiri!
Itu nasib malang tiga remaja perempuan apabila aksi mereka sebenarnya dirakam pengguna jalan raya yang lain sehingga tular di media sosial menyebabkan ketiga-tiga mereka sudah dicekup polis.
Menerusi klip video itu, ia memaparkan mereka melakukan aksi meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-dua kaki ke belakang (Superman) di lebuh raya terbabit.
Tindakan itu sebenarnya bukan sahaya membahayakan nyawa mereka malah ia boleh menyebabkan kemalangan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengesahkan mengenai penahanan ketiga-tiga remaja berkenaan.
hasil soal siasat dilakukan mendapati, semua suspek yang ditahan adalah daripada kelab motosikal 'Awek Melaka' dengan semua ahli kelab berkenaan menetap di Melaka.
"Sebelum kejadian, difahamkan suspek dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor.
"Suspek mengaku menjadikan lebuh raya itu sebagai lokasi melakukan aksi berbahaya berkenaan kerana terpengaruh antara satu sama lain," katanya.
Mereka yang ditahan berusia 16 hingga 18 tahun itu ditahan bersama motosikal Yamaha Y15ZR yang digunakan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/