Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

Antaranya ialah ia kini didatangkan dengan dilengkapi dengan Pengecas Profesional AC (Arus Ulang Alik) sebagai standard.

Ia membawakan peningkatan luar biasa terhadap kecekapan pengecasan kenderaan yang sesuaidengan sedan eksklusif. 

Ciri baharu ini membolehkan masa pengecasan dikurangkan dengan ketara, sama ada di rumah atau di stesen pengecas AC awam, dengan keupayaan pengecasan baharu 22 kW.

image.png

Penambahbaikan ini memberikan pengalaman pengecasan yang lebih efisien dan mudah, apabila pengecasan dari 0 hingga 100 peratus kini boleh dicapai dalam tempoh kurang dari 4 jam 15 minit.

Sebaliknya, pengecas AC 11kW pula hanya mampu mengecas EV dari 0 hingga 100 peratus dalam tempoh 8 jam 15 minit. 

Malah, BMW i5 eDrive40 M Sport akan terus dilengkapi dengan pengecas DC berkuasa tinggi hingga 205 kW, mempercepatkan pengecasan dari 0 hingga 80 peratus dalam tempoh 34 minit sahaja.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, BMW i5 eDrive40 M Sport mampu menghasilkan kuasa setakat sebanyak 250 kW/340 hp, dan ia boleh bergerak sejauh  582 km dengan sekali cas.

Kehebatan prestasi BMW i5 eDrive40 M Sport ini dapat dilihat dari kemampuan tork maksimum iaitu 430Nm dalam mod Sport Boost.

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6 saat manakala ia boleh mencapai  kelajuan tertinggi 193km/j.

image.png

Mengimbas kembali,  BMW i5 eDrive40 M Sport muncul sebagai versi pemasangan tempatan pada November tahun lepas, sekali gus menjadikan model pertama bagi Siri 5 generasi kelapan (G60) yang  mendarat di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  BMW i5 eDrive40 M Sport secara terperinci , anda boleh KLIK.

image.png

Mengenai harga, ia dijual pada harga RM399,800 namun harganya bertambah kepada RM420,100 jika melanggan Servis Pembaikan Inklusif BMW yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis yang berharga RM20,300.

Pemilik BMW i5 eDrive40 M Sport akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap termasuk:

Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma

Jaminan Bateri selama 8 Tahun oleh BMW / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu

Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW

Servis Dalam Talian BMW

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Tag:

bmw
bmwi5
bmwi5edrive40M
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022
EV

BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV

BMW Jerman telah membuka kilang baharu bernilai AS$2.24 bilion (RM 9.87 bilion) di China

24-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026