Link Copiedcheck_circle
EV

Kolaborasi BYD Singapura & 5 Syarikat Penyedia Pengecas EV – Diskaun Cas HIngga 20%

Sofea Najmi

18-3-2024

Kongsi melalui

BYD-CPO-Colab-(2).jpg


BYD Singapura bekerjasama dengan lima CPO iaitu Charge+, ComfortDelGro, Shell Recharge, SP Group dan Volt EV Charging untuk melancarkan program diskaun.


BYD Singapura telah mengumumkan kerjasama dengan lima  syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dalam usaha untuk menawarkan kadar pengecasan kenderaan elektrik (EV) pada harga diskaun kepada para pelanggan. CPO yang terlibat ialah Charge+, ComfortDelGro, Shell Recharge, SP Group dan Volt EV Charging.


Kerjasama strategik ini diadakan dengan tujuan untuk melancarkan program diskaun yang akan memberikan faedah menarik kepada pemilik BYD, dengan potongan harga antara 5% ke 20%. 


BYD-CPO-Colab-(3).jpg


Inisiatif ini diperkenalkan untuk memudahkan pengguna kenderaan BYD. 


Inisiatif ini merupakan usaha bersama untuk membantu pemilik kenderaan elektrik di Singapura dalam peralihan kepada gaya hidup EV. Dengan mengurangkan kadar pengecasan, BYD berharap untuk menjadikan penggunaan kenderaan elektrik lebih mudah diakses dan lebih menguntungkan dari segi kewangan.


Bagaimanapun, daripada kesemua lima CPO yang ditawarkan, pengguna hanya boleh menerima diskaun daripada satu sahaja CPO yang dipilih sendiri oleh pelanggan. Oleh itu, pelanggan perlu membuat pilihan terbaik berdasarkan bilangan CPO terbanyak dalam lokasi berdekatan dengan mereka. 


BYD-CPO-Colab-(1).jpg


Selain itu, potongan harga sebanyak 20% hanya ditawarkan kepada pelanggan BYD baharu dan akan bermula pada April 2024, dengan pengecualian Charge+, yang telah bekerjasama dengan BYD sejak Januari 2024.


Selain itu, semua pemilik BYD di Singapura akan menerima diskaun 5% apabila mereka menggunakan fasiliti pengecasan daripada Volt.


Pengguna masih dikehendaki untuk mengaktifkan sesi pengecasan melalui aplikasi CPO yang dipilih, berbeza dengan sesi pengecasan Tesla (Supercharger) atau Chery (EV Connection) yang boleh dilakukan secara automatik kerana nombor VIN kenderaan dapat dikenal pasti oleh titik pengecas yang disambungkan. 


BYD-CPO-Colab-(3).jpeg


Semakan melalui EVE.com menunjukkan bahawa ComfortDelGro mempunyai bilangan titik pengecas terbanyak di Singapura (732) diikuti oleh Charge+ (664), Shell Recharge (378) dan SP Group (303). Bagaimanapun, jumlah titik pengecasan daripada Volt EV Charging tidak diketahui kerana tiada maklumat dipapakan di Google buat masa ini. 


Kami berharap, dengan peningkatan penggunaan EV di rantau ini, terutamanya di Malaysia, banyak lagi syarikat-syarikat pengeluar EV lain akan bekerjasama dengan CPO dan menawarkan diskaun istimewa seperti yang dilaksanakan BYD di Singapura. 

Tag:

CPO
CPO Singapura
BYD Singapura
Diskaun Pengecas EV
Promosi BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

ChargeSini Catat Pertumbuhan Pesat Suku Kedua 2024, Lebih 750 Titik Pengecasan Seluruh Malaysia

ChargeSini mencatatkan pertumbuhan positif pada suku kedua tahun ini dengan beberapa pencapaian penting.

17-07-2024
EV

Perhatian! Semua CPO Perlu Ada Lesen Sebelum 31 Mac Depan

Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan semua Pengendali Titik Pengecasan (CPO) yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur pengecasan stesen elektrik supaya mendapatkan lesen pengagihan awam yang sah sebelum 31 Mac 2023.

19-12-2022
EV

Charge+ Raih Dana AS$8 Juta, Sasar Perluas Stesen Pengecasan EV Rantau ASEAN

Charge+ telah berjaya menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS$8 juta.

17-09-2024

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025