Link Copiedcheck_circle
EV

Jangan Risau Kalau Beli Skuter Blueshark, Rangkaian Tukar Bateri Ditambah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pencipta skuter elektrik pintar, Blueshark mengumumkan bahawa pihaknya telah meluaskan rangkaian pertukaran baterinya ke 15 lokasi di seluruh Lembah Klang.

Buat masa ini, sebanyak 10 rangkaian pertukaran bateri itu, BlueStations dipasang di stesen Petronas terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Bangsar, Damansara Jaya, Cheras, Kepong, dan Kota Damansara.

image.png

 Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN) Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jin Chan berkata, pihaknya yakin dengan adanya alternatif penukaran bateri, sebenarnya dapat mempercepatkan penggunaan motosikal elektrik di Malaysia.

“Rangkaian ini meluaskan liputan kami di kawasan pusat utama dan meningkatkan tawaran Blueshark kepada seberapa ramai penunggang yang mungkin,” katanya.

image.png

Rancangan untuk mengembangkan lagi rangkaian BlueStation, bermula dengan seluruh Lembah Klang dan ke lokasi luar termasuk Johor dan Pulau Pinang, dengan sasaran 50 BlueStation dipasang di seluruh negara pada akhir 2024.

Skuter elektrik pintar R1 Blueshark mempunyai akses kepada infrastruktur pertukaran bateri pertama yang tersedia secara komersial di Malaysia.

image.png

Untuk makluman, skuter siri R Blueshark itu ditawarkan dalam dua jenis model iaitu R1 dan R1 Lite untuk pasaran Malaysia.

Untuk makluman anda, skuter comel ini cukup pintar kerana ia sarat dengan teknologi canggih.

Dari segi rekaan, ia tampil dengan reka bentuk minimalis dan futuristik. Ia disumbat dengan motor elektrik 500kW yang menawarkan kuasa tork sehingga 201 Nm.

image.png

Dari segi daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-50 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.9 saat.

Jentera yang seberat 92 kilogram ini turut menggunakan penukaran bateri yang membolehkannya ia bergerak sejauh 110 kilometer.

Mengenai tempoh pengecasan, ia mengambil masa 2.5 jam untuk isi 0 sehingga 80% dan mengisi penuh boleh dilakukan dalam masa 3.5 jam.

Difahamkan terdapat dua cara untuk mengecas, salah satu dengan cara mengeluarkan bateri dan cas di pengecas ataupun cas secara langsung menggunakan kabel yang disediakan.




Gallery

Tag:

Blueshark battery swapping station
Blueshark Blueshark Malaysia
Blueshark R1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

23-12-2022
EV

16-05-2024
EV

13-05-2024
EV

05-04-2024
Video
ULASAN: Blueshark R1 | Skuter Eletrik Untuk Semua?

ULASAN: Blueshark R1 | Skuter Eletrik Untuk Semua?

ULASAN: Blueshark R1 | Skuter Eletrik Untuk Semua?

11-07-2023
Pandu Uji

20-06-2023
EV

21-03-2023

Berita Terkini

EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026