Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

gantari-solarvest-(1).png


Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.


Kerjasama ini merupakan satu langkah penting yang menunjukkan komitmen negara dalam peralihan ke arah tenaga bersih, selain mengiktiraf peranan Solarvest sebagai peneraju usaha ini. 


gantari-solarvest-(1).jpeg


Projek yang dijadualkan akan bermula pada April 2024 ini melibatkan pemasangan panel solar dengan kapasiti lebih daripada 5.4  megawatt puncak (MWp) di stesen-stesen Petronas di seluruh negara. Projek ini dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2027 dan akan mengurangkan kira-kira 5,035 tan emisi karbon dioksida dari stesen-stesen minyak setiap tahun.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kumpulan Solarvest, Davis Chong berkata, operasi minyak dan gas bertanggungjawab mengeluarkan kira-kira 15% jumlah pelepasan berkaitan tenaga di seluruh dunia, bersamaan dengan 5.1 bilion tan pelepasan gas rumah hijau. 


gantari-solarvest-(2).jpeg


"Projek ini menunjukkan potensi tenaga solar untuk menyahkarbon operasi perniagaan bahan api runcit.


"Perniagaan di Asia Tenggara sedang giat mencari penyelesaian untuk mengemudi peralihan tenaga. Dengan mengguna pakai penyelesaian tenaga boleh baharu seperti sistem fotovoltaik solar, perniagaan mengambil langkah padu bagi memacu kelestarian dan mengurangkan impak alam sekitar," katanya. 


Gentari-Behrang-Caricarz-a-(2)-full.jpg


Solarvest tidak asing lagi dalam jalinan kerjasama dengan perniagaan dalam bidang automotif. Pada tahun lepas, anak syarikatnya, Powerbee, telah memeterai  perjanjian dengan Lee Motors Auto Care, wakil jenama BMW.


Berdasarkan perjanjian ini, Powerbee akan menyediakan penyelesaian tenaga solar percuma kepada pembeli kenderaan elektrik (EV) BMW baharu untuk meningkatkan pengalaman pemilikan EV mewah mereka sambil memajukan kelestarian alam sekitar.


gantari-solarvest-(1).jpg


Solarvest Holdings Berhad turut menyatakan hasrat untuk menukar kenderaan korporatnya kepada EV, menjadi contoh kepada organisasi lain agar  melaksanakan penyelesaian tenaga bersih dalam segenap aspek. 

Tag:

Petronas
Gentari Renewables
Solarvest Energy
Stesen Minyak Petronas
Panel Solar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

03-02-2026
Berita Auto
Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

01-04-2025
Berita Auto
PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.

01-04-2025
Berita Auto
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

04-11-2024
Berita Auto
Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).

02-02-2024
EV
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...

29-12-2023
Berita Auto
Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar daripada lima universiti terkemuka Malaysia.

29-03-2023
Berita Auto
Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas pantas DC 180kWj (90kWj x 2) Petronas R&R Gambang Arah Timur kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

10-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026