Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah, Petronas Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PETRONAS telah membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus terus mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa.

Laporan Tinjauan Aktiviti PETRONAS 2026-2028 mendedahkan bahawa pencapaian ini direalisasikan menerusi perkongsian strategik dengan rakan niaga tempatan, SIM Distribuidora.

Pembukaan stesen-stesen terbabit membolehkan produk bahan api premium PETRONAS Primax dan rangkaian pelincir PETRONAS Syntium dibawa terus kepada pengguna di negara Amerika Selatan itu.

"Inisiatif pelesenan jenama runcit ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan jejak global syarikat," kata laporan itu.

Sementara itu di China, PETRONAS Lubricants International (PLI) telah melancarkan Pusat Perkhidmatan Teknikal Tenaga Baharu PETRONAS di Jiaxing.

Kemudahan baharu itu membuktikan komitmen mendalam syarikat terhadap pasaran China yang pesat berkembang.

Pusat teknikal ini menawarkan perkhidmatan teknikal yang disesuaikan khusus untuk pengeluar peralatan asli (OEM) dan pembekal alat ganti automotif.

Ia bertujuan memastikan penyampaian penyelesaian termaju yang mampu memacu pertumbuhan mampan dan inovasi di rantau tersebut.

Selain itu, sektor hiliran juga memberi tumpuan kepada pengembangan dalam bahan kimia khusus.

PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) memperkenalkan produk olefins and derivatif baharu, HL701, yang merupakan surfaktan dengan Indeks Karbon Boleh Diperbaharui yang tinggi, selari dengan peralihan industri ke arah penyelesaian lestari.

Bagi segmen biobahan api, PETRONAS dengan kerjasama Enilive dan Euglena bakal membangunkan loji penapisan bio di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

Kemudahan ini dijadualkan beroperasi pada separuh kedua 2028 untuk menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dan Diesel Boleh Diperbaharui (HVO).

Perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran global, PETRONAS terus mencari peluang pertumbuhan baharu di luar negara sambil mempelbagaikan portfolio produknya untuk kekal kompetitif.


Sumber: BERITA HARIAN


Gallery

Tag:

Petronas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

Kebakaran Besar Putra Heights: Ini Penjelasan Petronas

PETRONAS mengesahkan kebakaran berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).

01-04-2025
Berita Auto
PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

PETRONAS: Tiada Mana-Mana Stesen Petronas Terbakar Di Putra Heights

Tiada mana-mana stesen minyak Petronas terbakar.

01-04-2025
Berita Auto
Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Tiada Lagi Kenderaan NGV Mulai Tahun Depan Tapi Ada Sebabnya

Langkah itu diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan kepada pengguna dan orang ramai.

04-11-2024
Berita Auto
Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini

Kolaborasi Gentari & Solarvest: Lebih 300 Stesen Petronas Guna Panel Solar, Siap 2027 Ini

Gentari Renewables telah melantik Solarvest Energy untuk memasang panel solar di lebih daripada 300 stesen Petronas di seluruh negara.

06-03-2024
Berita Auto
Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1).

02-02-2024
EV
Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Gentari telah melancarkan pengecas baharu di beberapa lokasi. Ini senarainya...

29-12-2023
Berita Auto
Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Pelumba F1, George Russell, Beri Inspirasi Kepada Pelajar Universiti Tempatan

Sesi perkongsian eksklusif bertemakan ‘Success on the Fast Lane’ antara pelumba Formula One (F1), George Russell, dengan para pelajar daripada lima universiti terkemuka Malaysia.

29-03-2023
Berita Auto
Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas DC 22 kWh Mudah Alih Kempower Kini DIgunakan Di Petronas R&R Gambang

Pengecas pantas DC 180kWj (90kWj x 2) Petronas R&R Gambang Arah Timur kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

10-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026