- Berita
- Berita Auto
- Nak Raya, Tambang Bas Ekspres Naik
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengakui bahawa harga tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi dinaikkan 10 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri.
Harga baharu itu dikuasakan mulai 4 hingga 17 April ini.
APAD berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.
Berikutan jumlah penumpang dijangka meningkat, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) juga telah dibuka bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini.
Langkah berkenaan diambil bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari