- Berita
- Berita Auto
- Remaja Maut Ketika Cas Telefon Dalam Bas, Rupa-Rupanya Sebab Pendawaian Bas
Remaja Maut Ketika Cas Telefon Dalam Bas, Rupa-Rupanya Sebab Pendawaian Bas
Kes seorang remaja berusia 18 yang maut di dalam bas ekspres ketika cas telefon dan terkena renjatan elektrik akhirnya terungkai.
Pasukan Petugas Khas mendapati pendawaian elektrik yang tidak teratur adalah punca menyebabkan remaja itu maut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sambungan pendawaian dari keluaran kotak pengagihan (DB) ke pendawaian soket dipasang secara terbalik.
“Penggunaan kelengkapan elektrik yang digunakan dalam bas tersebut juga tidak memenuhi standard piawaian barangan yang ditetapkan.
“Malah, pemasangan pendawaian elektrik bas juga dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, Walaupun komponen struktur bas mematuhi pelan teknikal yang diluluskan dan telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM pada 20 Mei 2024, namun aspek keselamatan pendawaian elektrik perlu diberi perhatian segera.
"Ini adalah kerana bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna.
JPJ telah melaksanakan siasatan dan pemeriksaan ke atas badan bas tersebut di Butterworth, Pulau Pinang. Siasatan ini turut disertai oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Malah, APAD juga telah mengenal pasti bahawa sebuah lagi bas milik pengendali yang sama turut mempunyai spesifikasi pendawaian elektrik yang sama. Sehubungan itu, pada 7 November 2024, pihak APAD telah mengeluarkan surat pemberhentian sementara operasi bas berkenaan sehingga siasatan lanjut selesai dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas.
Gallery



Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/