Link Copiedcheck_circle
EV

Pengedar Smart Kini Di KK,PJ, Kuantan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) meengumumkan  bahawa pihaknya telah melantik tiga pengedar smart baharu di seluruh Malaysia.

Tiga pengedar sah itu ialah:  Fook Loi Eurocar Sdn Bhd untuk smart di Kota Kinabalu, Sabah, Naza Automotive Group untuk smart di Petaling Jaya, Selangor dan Hoi Keen Service Sdn Bhd untuk smart di Kuantan, Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET,  Zhang Qiang berkata, susulan momentum yang kukuh dan minat yang semakin meningkat di Malaysia, smart Malaysia bersedia untuk mengembangkan portfolionya.

“Matlamat kami adalah untuk melonjak ke peringkat seterusnya dan terus meluaskan liputan pasaran dengan produk dan perkhidmatan smart kami. 

image.png

“Ini akan membina kepercayaan yang lebih besar dalam kalangan pelanggan serta mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen premium," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Untuk makluman anda, kesemua pengedar baharu PRO-NET  itu mempunyai reputasi yang cukup.baik.

Misalnya Fook Loi Eurocar memiliki rangkaian pengedar terbesar di Sabah manakala Naza Automotif Group pula akan membuka cawangan mereka di sebelah Lebuhraya Persekutuan.

Sementara itu, Hoi Keen Service, pula diiktiraf sebagai penerima Anugerah CEO & Diamond Proton 2023. Ia merupakan satu pengiktirafan tertinggi dalam Pengedar Proton.

image.png

Bagaimanapun, operasi  ketiga-tiga cawangan smart ini akan bermula pada suku ketiga dan suku keempat tahun 2024. 

image.png

Sehubungan itu, smart Malaysia turut menjemput semua orang ramai yang berminat untuk memandu uji dan menikmati Tawaran Eksklusif smart Long龙-evity di pusat pengedar smart yang terletak:

smart Ipoh (GB Auto).

smart Balakong (Hap Seng Smart).

smart KL (Hap Seng Smart).

smart Penang (Eleganz Lifetsyle).

smart Alor Setar (Lee Motors).

smart Glenmarie (EON Berhad).

smart Setia Alam (Wheelcorp EV).

smart Melaka (Sigma Energy EV).

smart Johor Bahru (Motor Future).

smart Damansara (smart Mobility).

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Tag:

PRO-NET New smart Dealer
Naza Automotive Group
Hoi Keen Service
Fook Loi Eurocar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tahniah Proton, Jenama Yang Tetap Di Hati Orang M'sia

PROTON bersama anak syarikatnya PRO-NET, meraikan pencapaian luar biasa baru-baru ini.

09-05-2024
Berita Auto

Suzuki Jimny 5 Pintu Bakal Ditawarkan Di Malaysia Suku Ke-3 Ini – Lebih Praktikal!

Suzuki Jimny lima pintu dijangka akan tiba di Malaysia sekitar suku ketiga tahun ini. Ini spesifikasi yang boleh dijangkakan...

19-03-2024

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV