Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek HSL KL-Singapura: Penilaian Cadangan Konsep Ambil Masa 2 Bulan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

IMG_4509.jpg


Proses penilaian tujuh Cadangan Konsep yang diterima dari firma atau konsortium yang berminat untuk terlibat dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) dijangka mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan.


MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp), pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan proses Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) yang berakhir pada 15 Januari, kini sedang  melaksanakan penilaian Cadangan Konsep.


993590.jpg


Selepas itu, hasil penilaian akan dibawa kepada kerajaan untuk kelulusan, bagi menyenaraikan konsortium yang akan dipilih untuk proses seterusnya iaitu Request for Proposal (RFP) (Permintaan Mengemukakan Cadangan).


Menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai adakah kerajaan akan menjamin pinjaman untuk projek yang dianggarkan menelan belanja RM100 bilion tersebut, Kementerian Pengangkutan berkata, firma atau konsortium yang berminat telah dimaklumkan bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang jaminan pinjaman untuk projek ini


Sebaliknya, projek ini akan dilaksanakan melalui Private Fund Investment (PFI) (inisiatif pembiayaan swasta) tanpa suntikan dana daripada kerajaan.


LRT3-(THUMB).jpg


Menjawab pertanyaan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) tentang perincian pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang akan diteruskan semula, kementerian itu menjelaskan bahawa perincian kos bagi setiap butiran masih belum dimuktamadkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan masih dalam proses memperhalusi projek yang telah dibatalkan sebelum ini.


Peruntukan tambahan sebanyak RM 4.7 bilion bagi tujuan pengembalian skop projek LRT3 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024. 

Sumber: Astro Awani

Tag:

HSR
HSR KL-Singapura
Kementerian Pengangkutan
MyHSR Corp
Cadangan Konsep HSR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?

Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?

Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik sebarang usaha dan perancangan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

15-12-2023
Berita Auto
Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

05-11-2025
Berita Auto
Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan apa-apa syarat tambahan.

28-11-2024
Berita Auto
LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024
Berita Auto
Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Data Dedah Makin Ramai Pilih Pengangkutan Awam – Kementerian Pengangkutan

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencatatkan peningkatan ketara.

26-08-2024
Berita Auto
Bermula 1 Januari 2025, Semua Motor Wajib Ada ABS, Apa Pula Nasib Motor Lama?

Bermula 1 Januari 2025, Semua Motor Wajib Ada ABS, Apa Pula Nasib Motor Lama?

Semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc ke atas wajib dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) bermula 1 Januari 2025.

13-08-2024
Berita Auto
Rupanya Sudah Ada Keputusan

Rupanya Sudah Ada Keputusan

Pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan diumumkan dalam masa terdekat.

30-07-2024
Berita Auto
Ini Dia Kadar Fi Sekarang

Ini Dia Kadar Fi Sekarang

Kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) diturunkan daripada RM50 kepada RM20.

02-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur