Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AMG S63: Hasilkan Kuasa 802 HP, Harga RM2.24 Juta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan  model Mercedes-AMG S63 E-Performance sempena acara ‘Luxury Like No Other’ yang berlangsung di Bangsar, pagi tadi.

Model ini sebenarnya sudah pun dilancarkan secara global pada akhir tahun 2023. 

image.png

Mercedes-AMG S63 E-Performance adalah antara tiga model yang digembar-gemburkan oleh MBM pada bulan lalu selain GLS 450 4Matic dan Maybach GLS 600 4Matic.

image.png

Mengimbas kembali, ini ialah varian prestasi elektrik untuk   limo perdana S-Class generasi ketujuh (W223 & V223). 

Bagi Malaysia, MBM telah memilih untuk menawarkan S63 E Performance dalam bentuk jarak roda panjang (LWB) V223  untuk mencerminkan seluruh rangkaian S-Class tempatan ketika ini.

Gara-gara namanya E-Performance, pastinya ia menerima sistem plug-in hybrid (PHEV) berprestasi tinggi dimana ia yang menggunakan enjin 2.0L empat-silinder, S63 E Performance ini masih menggunakan enjin V8.

Untuk itu, ia dapat menghamburkan kuasa setakat 802 hp dan tork 1,430 Nm sekali gus menjadi versi  S-Class yang paling berkuasa  setakat ini.

Kesemua kuasanya disalurkan melalui kotak automatik 9-kelajuan AMG Speedshift MCT 9G dan suite AMG Performance 4Matic+ pacuan semua roda (AWD).

Lebih menarik, ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.3 saat manakala kelajuan tertinggi pula adalah 290 km/j.

image.pngimage.png

Sedan versi Malaysia ini  juga dilengkapi dengan pilihan Pakej Pemandu AMG.

Menerusi Pakej Pemandu AMG yang disebutkan tadi, S63 E Performance turut menyaksikan casisnya digabungkan dengan suspensi udara AMG Ride Control+, sistem gantungan AMG Active Ride Control dan stereng gandar belakang aktif, serta brek komposit seramik berprestasi tinggi AMG.

Bagi penggayaan, prestasi pantas dan ketangkasannya dipadankan dengan roda AMG 21 inci, dan beberapa kemasan gentian karbon,  AMG Night yang menawarkan kemasan hitam berkilat pada cermin sisi dan  ekzos. 

Bahagian dalamannya pula, S63 E Performance sebenarnya agak  berbeza daripada model S-Class biasa disebabkan ia lebih sporty dan agak gelap gara-gara pakej AMG Exclusive.

image.pngimage.png

Selain itu, ia hadir dengan upholsteri tempat duduk kulit Nappa dan stereng berprestasi tinggi AMG. Serta terdapat juga kemasan kayu poplar liang terbuka antrasit.

Tidak ketinggalan terdapat juga  panel pintu AMG serta karpet kaki AMG yang diserlahkan dengan jahitan benang merah.

image.png

Model ini juga hadir dengan skrin tengah OLED 12.8-inci, skrin infotainmen MBUX 12.3-inci dan pada  stereng AMG, terdapat  kawalan Drive Select serta trim Carbon Fiber.

S63 E Performance juga dilengkapi dengan  paparan head-up untuk pemandu, lampu ambien,  sistem bunyi surround 3D Burmester, pakej Air Balance dan juga pengecas telefon pintar untuk kabin hadapan dan belakang.

Mengenai ciri keselamatan pula, ia  sistem Active Distance Assist Distronic, Active Steering Assist dan Active Lane Keeping Assist, serta sistem Active Parking Assist bersama Parktronic dan Parking Package yang lengkap dengan kamera 360-darjah.

image.png

Model yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM2,238,888.

Harga ini sebenarnya termasuk dengan waranti bateri bervoltan tinggi selama enam-tahun atau 100,000 km, yang mana sampai dahulu.

Gallery

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Mercedes-AMG S63 E Performance
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Gaya Hidup

11-11-2025
Kereta Baru

06-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026