Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

594965143_1494830605983394_6836870335862654701_n.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi telah ‘memeriahkan’ lagi tawaran SUV premiumnya dengan pengenalan rasmi varian baharu bagi S-Class, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic. Model generasi X254 ini kini tiba sebagai varian peringkat asas baharu, diletakkan di bawah model GLC 300 4Matic yang telah dilancarkan sebelum ini. 


Pelancaran GLC 200 4Matic yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MBM di Pekan, Pahang ini bertujuan untuk menjadikannya di dalam jangkauan lebih ramai pembeli. 


Sejauh Manakah Kemampuan GLC 200 4Matic?


596620917_1494830732650048_3035246793888472199_n.jpg


Varian baharu ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter berpengecas turbo (kod M254) bersama sistem hibrid ringkas (MHEV) 48 volt, sehingga mampu mencecah kuasa sehingga  204 hp dan tork 320 Nm.


Walaupun ia adalah sebuah model asas, ia masih dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic Mercedes-Benz bagi memastikan cengkaman dan kestabilan yang baik dalam pelbagai keadaan pemanduan. Sistem transmisi yang digunakan ialah 9G-TRONIC. 


Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat,  dengan kelajuan maksimum 221 km/j. 


Apakah Ciri Menarik Yang Ditawarkan Pada GLC 200 4MATIC?


597361366_1494830762650045_8371657504581527818_n.jpg594434136_1494830765983378_7208014219083367015_n.jpg595890997_1494830835983371_3582739890619915879_n.jpg595165720_1494830822650039_1556211017668424250_n.jpg


Walaupun ia adalah model asas, GLC 200 4MATIC dilengkapi dengan pelbagai ciri premium dan teknologi terkini:


  • Reka Bentuk Sporty: Didatangkan dengan pakej AMG Line luaran, termasuk rim aloi ringan AMG 5-jejari 20 inci, ambang pintu yang bercahaya dan rel bumbung aluminium. 
  • Kabin Mewah: Kabin dilengkapi dengan pakej AMG Line, upholsteri kulit ARTICO, stereng sukan multifungsi dalam kulit nappa, kemasan kayu Anthracite, paparan pemandu resolusi tinggi 12.3-inci dan skrin sentuh tengah 11.9-inci untuk sistem MBUX, MBUX Navigation Premium, MBUX Augmented Reality Navigation, pad pengecas tanpa wayar, kawalan pendingin hawa THERMATIC
  • Ciri Keselamatan & Bantuan: Pakej Parkir dengan kamera 360 darjah dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, pandangan bonet lutsinar melalui kamera untuk memudahkan navigasi off-road, sistem keselamatan aktif (Active Lane Keeping Assist, Blind Spot Assist dan Active Brake Assist) dll.

MB-GLC-200_-(1).jpgMB-GLC-200_-(11).jpgMB-GLC-200_-(12).jpgMB-GLC-200_-(14).jpg


Keselesaan pemanduan ditingkatkan dengan kehadiran sistem suspensi AGILITY CONTROL. Sistem ini menggunakan redaman selektif pasif yang berfungsi secara automatik mengikut keadaan permukaan jalan. 


Berapakah Harga GLC 200 4Matic Di Pasaran Malaysia?


596776663_1494830625983392_3394873697968196463_n.jpg


Dengan kedudukannya sebagai varian peringkat permulaan dalam keluarga X254, GLC 200 4Matic ditawarkan pada harga hanya RM329,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


mercedes-benz-glc-200-03.jpg

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) CKD
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic
GLC 200 4Matic CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026