Link Copiedcheck_circle
Global

Auto China 2024: Tiggo 4 PRO Bakal Saing Dengan Ativa, WR-V

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena lawatan wakil CariCarz.com, Mukhlis Azman ke Pameran Chery Eco di Wuhu China, kami mendapat tahu bahawa Chery Malaysia akan membawa masuk Tiggo 4 Pro ke pasaran kita pada hujung tahun ini.

image.png

Sebelum ini, Chery Malaysia ada mendedahkan barisan model yang di bawa masuk ke Malaysia, namun semuanya sudah dilancarkan, cuma tinggal Tiggo 4 sahaja yang belum dilancarkan lagi.

image.png

Di China, ia ditawarkan dalam dua pilihan enjin namun Malaysia akan menerima enjin 1.5L turbo yang mana ia  mampu menghasilkan kuasa setakat 145 hp  serta 210 Nm menggunakan transmisi CVT.

image.png

Dikhabarkan, kemasukannya bakal menggegarkan pesaing terdekatnya seperti Perodua dan Honda.

Ini kerana Tiggo 4 dikatakan akan bersaing dengan Perodua Ativa dan Honda WR-V.

image.pngimage.png

Dari segi saiznya, CariCarz.com percaya ia lebih setanding dengan SUV segmen ‘B-plus’ seperti Proton X50 dan HR-V Honda. 

Menurut Chery, Tiggo 4 berpotensi menjadi penjual volum besar bagi jenama tersebut.

image.pngimage.png

Maka, perancangan rapi perlu dilakukan sebelum pelancarannya pada penghujung tahun nanti.

Dari segi dimensi, Tiggo 4 adalah sepanjang 4,318 mm panjang, selebar 1,831 mm lebar  dan setinggi 1,665 mm.

Sementara itu,  jarak rodanya  ialah 2,610 mm yang mana jarak itu adalah sama  sama dengan Honda HR-V. 

image.png

Mengikut saiz, Tiggo 4 dikatakan  lebih luas berbanding SUV segmen B seperti Ativa dan WR-V.

Melihat luarannya, Tiggo 4 Pro sebenarnya sama sahaja dengan abang-abangnya seperti Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro. 

Ia berikutan  gril hadapan agak besar dengan corak berlian Chery, terdapat lampu hadapan jenis LED dan bentuknya berkotak.

Kabin Tiggo 4 Pro pula cukup lengkap dengan pelbagai ciri teknologi terkini.

Antaranya, terdapat paparan infotainment terapung yangbersambungan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Terdapat juga,   instrumen digital, sistem video 360 darjah, bumbung matahari bermotor. 

image.png

Walaupun kami tidak mengetahui spesifikasi tepat untuk Tiggo 4 Pro yang akan dibawa masuk ke Malaysia, namun kami boleh menjangkakan semua ciri yang disebutkan tadi akan dipasang pada jentera ini.

Jika Ativa berharga sekitar  RM75,000 manakala WR-V bermula dari RM89,900, agak-agak berapa pula harga Tiggo 4 Pro? 

Gallery

Tag:

Chery Malaysia
Chery Tiggo 4 Pro
Perodua Ativa
HondaWR-V
2022 Proton X50
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

03-09-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sokong Usaha Perlindungan Spesies Tuntung Sungai Terancam

Chery Malaysia mendedahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui sokongan yang diberikan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.

29-08-2025
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.

26-08-2025
Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025
Berita Auto

Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.

21-07-2025
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.

11-07-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)

Chery Malaysia meneruskan sokongan terhadap atlet Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN), baru-baru ini.

11-07-2025

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025