Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW i7 Terbakar: Seorang Maut, Seorang Cedera

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang lelaki terkorban manakala rakannya  bernasib baik kerana terselamat apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar  di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Taman Setiawangsa semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta pada jam 2.13 pagi.

“Dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta terbabit terlibat dalam kejadian. Seorang mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW 17 dan didapati 100 peratus terbakar namun mangsa wanita dewasa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar BMW itu tersebar di media sosial yang menunjukkan kereta mewah itu hancur di bahagian hadapan dan didapati 100 peratus hangus terbakar.

Buat masa ini, punca kebakaran BMW i7 itu masih belum diketahui.



Gallery

Tag:

Duta-Ulu Klang Motorway (DUKE)
bmwi7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kadar Tol Kekal Di 10 Tol - Bukan Keputusan Mudah

Keputusan itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna lebuh raya setiap hari, khususnya mereka yang berulang-alik ke tempat kerja.

23-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026