Link Copiedcheck_circle
EV

Naza Auto Sedia Pengecas EV di Seluruh Negara Bersama Gentari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

My-project-(3).jpeg


Naza dan Gentari bekerjasama untuk menyediakan pengecas EV di Malaysia. 


Naza Automotive Holdings Sdn Bhd (Naza Auto) kini bekerjasama dengan syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (Gentari) untuk menyediakan akses kepada rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, "Kolaborasi kami dengan Gentari menunjukkan komitmen terhadap kelestarian dan merupakan langkah berani untuk mempercepatkan perjalanan EV Malaysia. Ia sejajar dengan matlamat kerajaan untuk beralih kepada ekonomi yang lebih hijau menjelang tahun 2050."


NAZA-Gentari-(4).jpg


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, "Kolaborasi kami dengan Kumpulan Naza melangkaui pemasangan titik pengecasan EV. Kami ingin memperluaskan infrastruktur pengecasan yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh Malaysia dengan memanfaatkan operasi komersial luas Kumpulan Naza dan penyelesaian unik Gentari, meningkatkan keyakinan semua pengguna EV."


Gentari merancang untuk memulakan penyediaan infrastruktur pengecasan EV di hartanah Kumpulan Naza, membolehkan aksesibiliti yang luas bagi pengguna EV. Penyediaan pengecas EV yang dibuat secara berperingkat sejak tahun lalu ini bermula dengan pelancaran pengecas di Naza Tower, Platinum Park KLCC dan baru-baru ini di Naza Automall di Petaling Jaya.


NAZA-Gentari-(2).jpg


Komitmen Naza terhadap kelestarian diperkembangkan kepada projek sedia ada, termasuk rancangan untuk memasukkan stesen pengecasan ke dalam pembangunan utama seperti KL Metropolis di Mont Kiara dan TTDI Sentralis di Seksyen 13, Shah Alam. Pendekatan ini akan mengukuhkan kedudukan Naza sebagai rakan kongsi yang cemerlang untuk jenama EV yang diwakilinya di Malaysia, sambil menyokong cita-cita kerajaan dalam Pelan Peralihan Tenaga Kebangsaan untuk menyediakan 10,000 pengecas EV awam menjelang tahun 2025.


Gentari-EV-down-(5).jpg


Kerjasama ini menekankan komitmen Naza Auto untuk membantu pembangunan mobiliti elektrik, menjamin akses tanpa tandingan kepada stesen pengecasan untuk bakal pelanggan EV dan semua pengguna EV.



Tag:

Naza Auto
Naza Automotive Holdings Sdn Bhd
Gentari Sdn Bhd
Pengecas EV Naza
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-12-2025
Berita Auto

15-04-2025
Berita Auto

09-08-2023
Berita Auto

07-12-2023

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026