Link Copiedcheck_circle
EV

Sime Darby & Gentari Bekerjasama Majukan Infrastruktur EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sime-Darby-Gentari-Caricarz-(2).jpg


Sime Darby Motors (SDM) dan Gentari Sdn Bhd,  menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di dalam rangkaian Sime Darby Motors dan di kawasan awam. Usaha lain bagi menggalakkan penggunaan EV juga akan dilaksanakan melalui kerjasama ini. 


SDM dan Gentari akan bekerjasama untuk menubuhkan stesen pengecas EV dan infrastruktur berkaitan di fasiliti-fasiliti automotif SDM di seluruh Malaysia serta di pasaran serantau lain di bawah SDM.  Kawasan awam seperti kelab golf, hotel dan fasiliti perubatan turut akan dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan cas EV.


Sime-Darby-Gentari-Caricarz-(3).jpg


[Daripada kiri ke kanan] Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran, Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong, dan Macau, Jeffrey Gan,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli dan Ketua Pegawai Operasi Gentari Green Mobility, Haikal Zubir. 


Selain itu, bagi menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, kerjasama ini juga memperlihatkan kedua-dua syarikat bekerjasama menjalankan penyelidikan perkhidmatan nilai tambah untuk pelanggan SDM, seperti pelan langganan cas EV, pakej pengecas EV di rumah serta perkhidmatan pengecas mudah alih. 


Sime-Darby-Gentari-Caricarz-(1).jpg


Untuk memenuhi keperluan perniagaan dan kerajaan yang mencari pilihan pengangkutan yang lebih bersih dan mampan, potensi lain kerjasama dalam penyelesaian kenderaan EV akan dikaji. 


Perjanjian ini juga membenarkan penilaian pelbagai projek dan program kerjasama dengan matlamat menggalakkan penggunaan EV, memperkukuhkan infrastruktur dan menghasilkan produk dan perkhidmatan berkaitan EV baharu.  Di samping itu, MoU ini turut merangkumi penyelidikan projek tenaga solar serta pemasangan sistem tenaga solar.

Tag:

Sime Darby Motors
SDM
Gentari Sdn Bhd
Gentari Green Mobility Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto
Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto
Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto
BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
Kereta Baru
BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto
Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV
SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024
Berita Auto
UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).

24-03-2024

Berita Terkini

EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026