- Berita
- Kereta Baru
- Peugeot 408, Ada 3 Varian, Versi CKD

Pemilik jenama Peugeot, Stellantis melancarkan secara rasminya Peugeot 408 di ibu negara, pagi tadi.
Peugeot 408 didatangkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilang Stellantis Malaysia yang terletak di Gurun, Kedah.
Firma itu berkata, model yang dilancarkan itu tidak mempunyai sebarang pesaing setakat ini.
Peugeot 408 didatangkan dalam tiga varian, varian standard ialah Allure, varian pertengahan (Premium dan varian teratas (GT).


Kesemua varian disumbat dengan enjin petrol 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 218 hp and 300 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.8 saat.
Dari segi dimensi, ia sepanjang 4,687 mm, selebar 1,859 mm dan setinggi dan 1,487 mm.
Secara keseluruhannya, bumbung model ini agak namun jarak kelegaan tanah ialah 189 mm.
Dari segi peralatan, kesemua varian didatangkan dengan lampu depan LED manakala lampu belakang jenis claw effect.
Pada bahagian luaran, apa yang membezakan setiap varian ialah roda – 18-inci kelabu dalam Allure, 18-inci hitam untuk varian Premium, dan roda hitam 20-inci untuk GT.

Menjengah bahagian kabinnya, Peugeot 408 sekali lagi mempersembahkan konsep reka bentuk i-Cockpit jenama Peugeot yang membawa sentuhan bergaya dan berteknologi tinggi.


Ciri yang paling ketara di sini ialah stereng 'kompak', dan kehadiran paparan instrumen digital Kuarza 3D 10-inci dengan sentuhan i-Toggles namun ciri ini hanya ada pada GT.
Varian GT juga menerima tempat duduk hadapan dengan Fungsi Urut dengan fungsi memori.
Antara ciri yang ada pada GT ialah ,sistem audio Focal, kamera 360 darjah dan pintu belakang berkuasa.
Bagi varian Allure dan Premium, mereka masih menerima beberapa ciri mewah seperti mana ada pada GT.
Misalnya, pengecasan USB-C di hadapan dan di belakang, kawalan iklim automatik dengan belakang. infotainmen digital dengan sambungan Apple CarPlay dan upholsteri tempat duduk kulit mewah.
Selain 6 beg udara, program kestabilan elektronik (ESP) dan Active Hood untuk perlindungan pejalan kaki merupakan ciri standard pada semua varian Premium.

Apapun, GT turut hadir dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan aktif.
Bagi yang berminat, ia sudah boleh ditempah di semua pengedar Peugeot di seluruh negara.
PEUGEOT 408 serba baharu hadir dalam empat pilihan warna menarik –(Perla Nera Black), (Okenite White), (Artense Grey) dan (Obsession Blue).
Peugeot 408 varian Allure berharga RM146,055 , RM166,055 (Premium), dan RM196,055 (GT).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

