Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-04-03-at-16.38.32_31e5476f.jpg


GWM Malaysia sebentar tadi telah melancarkan sedan elektrik, Ora 07. Dua varian ditawarkan iaitu 'Long Range' dan 'Performance’ dengan harga jualan bermula daripada RM169,800. 


CIRI MEKANIKAL GWM ORA 07


Caricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-11.jpgCaricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-7.jpg


Varian dengan jarak EV paling panjang, Long Range dilengkapi dengan satu motor elektrik terletak di bahagian hadapan (FWD) menghamburkan kuasa sebanyak 201 hp (150 kW) dan tork 340 Nm. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km. Kuasa dibekalkan oleh bateri jenis LFP berkapasiti 83.5 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan elektrik maksimum sejauh 640 km (NEDC)/580 km (WLTP). 


Caricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-8.jpgCaricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-9.jpg


Pembelian varian Performance turut didatangkan dengan tayar sporty, Michelin Pilot Sport EV yang dipasangkan pada rim berukuran 19 inci.


Seterusnya, varian Performance, menggunakan dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD), memberikan output sistem secara keseluruhannya sebanyak 402 hp (300 kW) dan tork 680 Nm. Varian lebih berkuasa ini boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km. Walaupun menggunakan bateri dengan kapasiti yang  sama seperti varian Long Range, jarak yang mampu dicapai EV ini adalah lebih rendah iaitu 550 km (NEDC)/460 km (WLTP).  


Kedua-dua varian, Long Range dan Performance, boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW dan pengecas DC sehingga 88 kW. 


REKAAN GWM ORA 07


WhatsApp-Image-2024-04-03-at-16.58.22_2a17ea87.jpg

Caricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-5.jpgCaricarz-Web-GWM-Ora07-MYLaunch-4.jpg


Dari segi dimensi, sedan elektrik ini berukuran 4,871 mm (panjang), 1,862 mm (lebar) dan 1,500 mm (tinggi). Antara ciri menyerlah pada badan ‘Porsche’ mampu milik ini ialah pemegang pintu yang terbenam dan spoiler elektrik adaptif. Ora 07 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Purple (ungu), Amethyst Gray (kelabu) dan Jade White (putih). Bukan sekadar cantik dipandang, model ini memiliki angka pekali seret (coefficient drag) hanya pada 0.22 cd.


KABIN GWM ORA 07


Caricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-13.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-16.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-22.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-26.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-15.JPGCaricarz-GWM-Ora-07-MediaPreview-18.JPG


Bergerak masuk ke bahagian dalam Ora 07, terserlah aura mewah melalui penggunaan balutan kulit premium, tempat duduk ergonomik yang hadir dengan ciri urutan untuk tempat duduk barisan hadapan. Model ini menggunakan skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan disempurnakan dengan penggunaan 11 speaker premium daripada Infinity. 


Selain itu, terdapat kluster instrumen 10.25 inci, pada pengecas tanpa wayar, bumbung  kaca panaramik penuh, sistem pendingin hawa pintar. Pada konsol tengah terdapat tiga butang kawalan jenis dial dan juga satu kawalan pad. 


CIRI KESELAMATAN GWM ORA 07


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Ora 07 didatangkan dengan ciri keselamatan pasif dan aktif penuh yang termasuk sistem keluar dan kekal lorong, pemantau titik buta, sistem evasif pintar, pengecaman tanda lalu lintas, pengehad kelajuan jelajah dan banyak lagi. 


HARGA GWM ORA 07


WhatsApp-Image-2024-04-03-at-16.58.22_2a17ea87.jpg


GWM Ora 07 ditawarkan di pasaran pada harga RM169,800 untuk varian Long Range dan RM189,800 untuk varian Performance. 


WhatsApp-Image-2024-04-03-at-17.00.32_5c8241e4.jpg


Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan standard selama 6 tahun atau 150,000 km, berserta dengan jaminan selama 8 tahun atau 180,000 km untuk komponen EV, dan juga jaminan bebas karat selama 12 tahun untuk badan kereta. Semasa tempoh jaminan komponen EV yang ditetapkan, GWM Malaysia akan menawarkan pertukaran bateri percuma 1-to-1 jika kesihatan bateri anda jatuh di bawah 70%.


Di samping jaminan standard yang disebutkan di atas, 500 pelanggan pertama yang menempah Ora 07 akan menerima pakej eksklusif yang terdiri daripada pengecas WallBox percuma serta  jaminan  EKSTRA untuk kenderaan selama 8 tahun atau 180,000 km


Kunjungi mana-mana pengedar sah GWM Malaysia di seluruh negara atau layari laman web rasmi GWM Malaysia untuk tempahan.


WhatsApp-Image-2024-04-03-at-16.37.54_71398a79.jpg


Tag:

Sedan Elektrik
ORA 07
GWM Malaysia
GWM Ora 07
Pelancaran Ora 07
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025

Volvo baru-baru ini telah mendedahkan teaser untuk model elektrik baharunya, ES90. Ini yang kita ketahui setakat ini...

05-09-2024
Kereta Baru

Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) lancarkan varian baharu Electric Art Line dan varian AMG Line yang telah dikemaskini bagi sedan elektrik Mercedes-Benz EQE 350+.

24-05-2024
EV

Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam

Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan!

01-04-2024
EV

Mercedes-Benz EQE 350+ Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM419K, Jarak EV 669KM!

Mercedes-Benz EQE 350+ telah dilancarkan di Malaysia.

13-12-2022
Berita Auto

Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik sempena bulan Ramadan ini.

05-03-2025
Berita Auto

Sertai Merdeka Exclusive Book & Win, Menangi Percutian Bernilai RM30K

Great Wall Motor (GWM) mennganjurkan kempen 'Merdeka Exclusive Book & Win’ bermula dari 15 Ogos lalu hingga 30 September ini .

19-08-2024
Berita Auto

Pusat 3S GWM Dibuka Di Setia Alam – Boleh Selenggara 800 Kenderaan Sebulan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 3S baharu di Setia Alam, Shah Alam.

26-03-2024
Kereta Baru

GWM Ora 07 Diperkenalkan Di Malaysia – Capai 640KM!

GWM Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan sedan elektrik, Ora 07. Ini spesifikasinya...

04-03-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026