Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tempahan Honda City Hatchback Facelift Kini Dibuka – Pelancaran Suku Ke-2 Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-1-(RGB).jpg



Tempahan Honda City Hatchback versi facelift kini telah dibuka. Bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini. 


Selepas membuat penampilan sulungnya di Thailand awal tahun ini, Honda City Hatchback yang telah diberikan kemas kini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Menjelang pelancarannya, Honda Malaysia hari ini telah membuka tempahan model tersebut di semua cawangan pengedaran sah di seluruh negara


Sejak dilancarkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2021 sebagai pengganti Honda Jazz, model kembar kepada sedan Honda City ini telah terjual sebanyak 28,700 unit.  


Kini, syarikat tersebut mengharapkan agar momentum sama dapat dikekalkan melalui pelancaran Honda City Hatchback facelift. Untuk versi kali ini, beberapa penambahbaikan telah diberikan kepada semua varian, termasuk varian tertinggi,  e:HEV RS.


Photo-3-(RGB).jpg


Seperti versi Thai yang ditunjukkan awal tahun ini, varian hibrid e:HEV RS diberikan bampar dan gril hadapan dalam rekaan baharu, rim 16 inci dengan kemasan berwarna hitam Berlina dan beberapa lagi sentuhan baharu yang lain.


Varian hibrid yang sporty ini dijangka akan dikuasakan oleh enjin e:HEV yang sama, yang terdiri daripada enjin petrol 4 silinder 1.5 liter yang dipadankan dengan e-motor dan sistem bateri. Untuk makluman pembaca, sistem pembakarannya mencatatkan output yang mengagumkan sebanyak 121 ps dan 145 Nm yang menjalankan fungsi utama sebagai penjana yang mengecas bahagian elektrik kenderaan.


Photo-2-(RGB).jpg


Dari segi keselamatan,  Honda Malaysia juga memaklumkan bahawa pakej bantuan pemandu aktif (ADAS) Honda Sensing dan pakej keselamatan canggih lain akan disertakan sebagai kit standard kesemua varian. Pakej tersebut telah dikemaskini dengan tambahan ciri notifikasi kereta depan keluar lorong (LDCN), sementara varian tertinggi, e:HEV RS menerima sistem mengekor kelajuan rendah (LSF) dalam pakej keselamatan kawalan jelajah adaptif (ACC). 


Selain daripada maklumat yang telah kami kongsikan, Honda Malaysia masih belum membuat sebarang pendedahan terperinci. Dijangkakan lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya tidak lama lagi. Nantikan artikel kami yang akan datang. 


Tag:

Honda City Hatchback
Honda City Hatchback e:HEV RS
Honda City Hatchback Facelift
Honda City Hatchback Facelift 2024
Tempahan Honda City Hatchback
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Suku Pertama 2024: Lebih 21K Kereta Terjual

Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan kereta mencecah sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

17-05-2024
Kereta Baru

Honda City Hatchback, Harga Tak Mahal Sangat

Honda Malaysia melancarkan Honda City Hatchback sebentar tadi.

16-05-2024
Global

Honda City Facelift, Ada Varian Baharu

Honda melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di Thailand, baru-baru ini.

09-02-2024
Berita Auto

Pencuri Kereta Honda Dari Kedai Cuci Kereta Telah Digari!

Pihak polis berjaya menangkap lelaki yang didakwa telah membawa lari sebuah kereta Honda City dari kedai cuci.

24-11-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Honda City Hatchback RS e:HEV: Berbaloikah Bayar Lebih Hampir RM20K Untuk Hibrid?

Pandangan jujur penulis tentang Honda City Hatchback versi hibrid, RS e:HEV.

25-09-2022
Berita Auto

Perhatian! Honda Panggil Balik 4 Model

Honda Malaysia memanggil balik sebanyak 1,527 unit kereta yang terdiri daripada model model City, City Hatchback, HR-V serta BR-V .

21-06-2022
Berita Auto

Honda City Hatchback RS e:HEV RM107K? Berbaloi Ke Beli?

Honda mengumumkan secara rasmi harga varian RS e:HEV.

16-02-2022
Berita Auto

Honda City Hatchback Dilancar: Harga Bermula RM75,670

Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran Malaysia semalam.

07-12-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026