Link Copiedcheck_circle
EV

Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xiaomi-SU7-EV-28.jpg


Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan! Perkara tersebut yang dinyatakan dalam aplikasi rasminya membuktikan Xiaomi sedang rancak menerima tempahan EV pertama syarikatnya. 


Minggu lalu, Xiaomi telah memulakan pengambilan pesanan untuk EV SU7 setelah mengumumkan harga model tersebut secara rasmi yang dijual pada harga serendah 215,900 Yuan (~RM141,500), lebih murah berbanding pesaingnya, Tesla Model 3. 


Xiaomi-SU7-EV-6.jpgXiaomi-SU7-EV-4.jpgXiaomi-SU7-EV-7.jpgXiaomi-SU7-EV-3.jpgXiaomi-SU7-EV.jpgXiaomi-SU7-EV-2.jpg


Semakan oleh Reuters melalui aplikasi EV Xiaomi terdapat pengumuman bahawa tempoh penghantaran model Standard SU7 boleh mengambil masa sehingga 18 hingga 21 minggu, SU7 Pro 18-21 minggu dan varian tertinggi, SU7 Max, mengambil masa sehingga 27-30 minggu. 


Xiaomi-SU7-EV-13.jpgXiaomi-SU7-EV-23.jpg


Dengan harga yang kompetitif, reka bentuk menarik dan teknologi canggih yang diketengahkan, model ini menerima 50,000 tempahan dalam tempoh 27 minit sejurus dilancarkan. Dalam tempoh 24 jam pertama pula, jumlah pra-pesanan yang terkumpul mencapai 88,898 unit! 

Xiaomi-SU7-EV-18.jpg

Untuk pasaran China, SU7 ditawarkan dalam tiga varian dengan varian tertinggi menggunakan dua motor yang menggerakkan kesemua roda (AWD) dengan output 663 hp (495 kW) dan tork 838 Nm. Ini membolehkan kereta membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.78 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 265 km/j. Bateri varian paling berprestasi  ini berkapasiti 101 kWj yang membolehkannya mencapai jarak EV maksimum 800 km (CLTC). 

Xiaomi-SU7-EV-21.jpg

Tag:

Xiaomi EV
Xiaomi SU7
Tempoh Menunggu
Sedan Elektrik
SU7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Xiaomi Lantik Syarikat Ketiga: Xiaomi SU7, YU7 Bakal Dieksport

Adakah Malaysia juga akan menerima Xiaomi SU7, YU7?

11-02-2025
EV

Ini Dia Penampilan Xiaomi SU7, Maaf Tak Masuk M'sia

Hanya sebuah Xiaomi SU7 dipamerkan di Malaysia.

17-10-2024
EV

"Takut" Jadi Punca Xiaomi Bangunkan EV, Ini Punca Ketakutannya...

CEO Xiaomi, Lei Jun, berkongsi kisah di sebalik pembangunan kereta elektrik yang telah dilancarkan.

29-07-2024
EV
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

Cipta Sejarah: Xiaomi SU7 Ultra Catat 7 Minit 4.95 saat di Litar Nurburgring

Xiaomi SU7 Ultra mencatat masa mengagumkan iaitu 7 minit 4.957 saat di Green Hell, sekali gus mampu meninggalkan hyper-EV dari Croatia.

12-06-2025
EV

Xiaomi SU7 Ultra Menggerunkan Porsche Taycan Turbo GT – Hampir 4,000 Unit Ditempah Dalam 10 Minit

Xiaomi SU7 Ultra versi prototaip baru-baru ini telah membuat pencapaian menakjubkan apabila berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas bagi sebuah model sedan empat pintu iaitu 6:46.874 pada 24 Oktober lalu.

30-10-2024

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026