Link Copiedcheck_circle
EV

Dalam 27 Minit, 50,000 Unit XIAOMI SU7 Sudah Ditempah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Xiaomi  secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama, Xiaomi SU7 untuk pasaran China, semalam.

Apa yang cukup menarik ialah pengeluar elektronik pengguna pintar terkenal itu sudah menerima 50,000 tempahan hanya dalam 27 minit sejurus ia  dilancarkan.

Model paling asas ditawarkan pada harga serendah  215,900 Yuan (RM141,500) iaitu lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, Tesla Model 3.

image.png

Model asas disumbat dengan motor elektrik yang dipasang di gandar belakang (RWD) membuatkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 295 hp dan tork 400 nm. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 73.6 kWj dimana ia boleh melakukan perjalanan sejauh 700 kilometer dengan hanya sekali cas.

Varian kedua ialah SU7 Pro dimana ia juga menerima motor RWD seperti varian asasnya namun ia didatangkan dengan bateri yang lebih besar iaitu 94.3kWj.

Maka, varian ini boleh melakukan pergerakan lebih jauh sekitar 830 km.

image.png

Sementara itu, varian teratasnya pula ialah SU7 Max, dimana ia dikuasakan dengan motor berkembar dan mampu menghasilkan kuasa setakat 663 hp dan tork 838 Nm. Varian ini dikatakan boleh memecut dalam masa 2.78 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 265 km/j.

SUV7 Max dilengkapi dengan bateri berkapasiti 101 kWj dan boleh bergerak sejauh 800 km.

image.pngimage.png

Menurut pereka automatif legenda, Chris Bangle Xiaomi SU7 didatangkan dengan gaya badan saloon EV yang cukup Anggun.

image.png

Ia  menampilkan isyarat penggayaan yang diilhamkan oleh pembuat supercar  selain didatangkan dengan ciri reka bentuk EV yang agak tipikal.

SU7 yang sepanjang 4,997 mm, selebar 1,963 mm,  setinggi 1,455 mm dan jarak roda pula 3,000 mm dilihat memiliki saiz yang sama seperti Porsche Taycan dan Audi e-tron GT.

image.png

Malah ia lebih besar daripada pesaingnya seperti BYD Seal dan Tesla Model 3.

Menjengah kabinnya, Xiaomi SU7 hadir dengan reka bentuk kabin yang cukup moden, dilengkapi dengan sistem infotainmen yang dikuasakan oleh HyperOS  dengan keupayaan Internet of Things (IOT).

Buat masa ini, penghantaran untuk Xiaomi SU7 akan bermula pada hujung April depan  dimana semuanya  dipasang di kemudahan pengeluaran khusus Xiaomi.

image.png

Fasiliti itu   menempatkan barisan pemasangan automatik sepenuhnya dimana satu kereta dipasang hanya dalam 76 saat.

Setakat ini, Xiaomi masih belum mendedahkan sebarang rancangan untuk mengeksport SU7 ke pasaran antarabangsa, di mana ia akan kekal sebagai pasaran domestik China yang eksklusif. 

Gallery

Tag:

Xiaomi EV
Xiaomi SU7 EV
Tesla Model 3
BYD Seal
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-02-2026
EV

07-01-2026
Global

24-11-2025
Global

21-05-2025
EV

30-04-2025
Global

25-04-2025
Global

19-03-2025
EV

11-02-2025

Berita Terkini

EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026