Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

WTCA Meterai MoU Dengan GAC Motor, Kaji Pemasangan CKD Untuk Eksport Ke Vietnam

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DSC02666.jpgIMG_8849.jpg


WTCA telah memperkenalkan SUV GS3 Emzoom (kiri) dan Emkoo (kanan) daripada GAC Motor awal tahun ini.


Selepas diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia dalam satu acara pra-tonton awal tahun ini, kedua-dua model, GS3 Emzoom dan Emkoo telah dijadualkan bagi pemasangan tempatan (CKD) dan diedarkan di Malaysia oleh WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) - sebuah anak syarikat milik penuh TC Holdings Bhd.


Kini, pengeluaran CKD bakal diperluaskan lagi selepas syarikat automotif milik negara China itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WTCA pada hujung minggu lalu. Upacara penandatanganan tersebut diadakan di MITEC, KL di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif WTCA Tan Keng Meng, Presiden GAC Group, Feng Xingya dan Naib Presiden Bandaraya Guangzhou, Lai Zhihong.


Melalui MoU ini, WTCA akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk memperluaskan operasinya CKD untuk merangkumi versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan kiri (LHD), versi LHD dihasilkan untuk dieksport ke Vietnam. Kajian tersebut dijangka akan selesai menjelang penghujung bulan Julai tahun ini, di mana WTCA dan GAC Motor dijangka akan memuktamadkan perjanjian bagi tujuan tersebut.


Picture-1.jpg


WTCA dan GAC Motor menandatangani MoU minggu lalu bagi memperluaskan lagi operasi CKD di Malaysia dengan pemasangan model RHD dan LHD untuk dieksport ke luar negara. 


WTCA berhasrat untuk memanfaatkan pengalaman, kebolehan, serta ekosistem industri Malaysia dengan GAC Motor International dalam usaha menyampaikan penyelesaian mobiliti GAC untuk pasaran ASEAN. Selain itu, kerjasama ini dijangka akan membuktikan peranan penting Malaysia dan WTCA sebagai rakan strategik dalam strategi pertumbuhan serantau GAC.


“Ini akan menjadi bukti kukuh terhadap kedalaman kerjasama dan komitmen kolektif kami untuk menyediakan solusi mobiliti terkini, mengintegrasikan amalan pembuatan lestari, mencipta peluang ekonomi dan memberikan pelanggan di seluruh ASEAN kebebasan untuk melangkah lebih jauh,” ujar Tan selepas upacara itu.


Selain bersetuju dengan kajian pengembangan CKD ini, WTCA juga memformalkan perjanjian Kolaborasi Teknikal CKD dengan GAC dalam upacara yang sama. Ini memberi hak kepada WTCA untuk membuat pemasangan kenderaan GAC secara tempatan menggunakan kit dan komponen CKD yang dikeluarkan dan dibekalkan oleh pengeluar automotif China tersebut secara langsung.


Picture-2.jpgPicture-3.jpg


Acara pemotongan reben bagi merasmikan permulaan pengeluaran CKD GS3 Emzoom.


Juga diadakan pada hujung minggu lalu adalah upacara simbolik, pemotongan reben, yang menandakan permulaan pengeluaran tempatan model  GS3 Emzoom GAC di kilang WTCA di Segambut, Kuala Lumpur. Pencapaian ini berjaya dibuat hanya dalam tempoh 13 bulan sejak projek ini diumumkan. 


Untuk makluman, GS3 Emzoom, Emkoo, dan model elektrik, Aion Y Plus telah diperkenalkan oleh WTCA pada Januari tahun ini. Ketiga-tiganya dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi dalam tahun ini melalui rangkaian pengedar GAC Motor yang masih berkembang di seluruh negara. 

Tag:

WTC Automotif (WTCA)
WTCA
GS3 EMZOOM
Emkoo
CKD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-10-2025
Pandu Uji

21-08-2025
Berita Auto

11-08-2025
Berita Auto

25-06-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

04-12-2024
Berita Auto

01-04-2024
Kereta Baru

01-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026