Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Panaslah Punggung Pesaingnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya SUV crossover segmen B  akan menyaksikan persaingan yang lebih sengit memandangkan GAC GS3 Emzoom akan menembusi  pasaran tempatan pada tahun depan.

Model ini dikesan berada di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.

Bagi yang tidak tahu, hubungan antara GAC Motor dengan, Tan Chong Group secara rasminya terbentuk pada Disember 2020.

Kedua-dua pihak sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk jualan dan pemasangan kenderaan jenama GAC di Malaysia dan Vietnam.

image.png

Jadi sememangnya jelas bahawa  GS3 Emzoom akan menjadi model pemasangan tempatan (CKD) sejurus ia dilancarkan nanti. 

Ia yang dibangunkan berdasarkan platform GPMA terbaharu GAC Motor, sebenarnya dikenali sebagai  Trumpchi GS3 di pasaran China.

Difahamkan model ini lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi berbanding pesaing utamanya seperti Proton X50, Chery Omoda 5, dan Honda HR-V.

 Menyentuh mengenai  dimensinya, model ini adalah sepanjang 4,410 mm , selebar 1,850 mm dan setinggi 1,600 mm manakala  jarak antara roda pula 2,650 mm.

image.pngimage.png

Dari segi trenkuasanya pula, GS3 Emzoom disumbat dengan enjin 1.5 liter turbocas petrol serta dipandakan dengan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan.

iNi membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 177 hp dan 270 Nm dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.5 saat.

Sebaliknya berdasarkan ujian pasaran China,  ia menggunakan  6.8 liter bagi setiap 100 km (14.7 km/l) .

Menjengah bahagian kabin, GS3 Emzoom di pasaran luar dilihat menawarkan rangkaian kit dan kemudahan yang setanding dengan pesaing segmennya.

image.png

Antaranya, sambungan Apple CarPlay dengan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci, bantuan ADAS yang menjanjikan pemanduan autonomi tahap kedua.

Sudah tentunya,  pesaingnya seperti Proton, Chery, dan Honda sudah mula berpeluh dengan bahang kehadirannya di pasaran tempatan.

Malangnyam spesifikasi model ini hanya akan didedahkan dengan lebih lanjut sebaik ia dilancarkan nanti.

Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
GAC Motor
WTC Automotif (WTCA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Kereta Baru
Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Berita Auto
Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER  C28 2026!

Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!

Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.

03-03-2026
Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru
Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Berita Auto
REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

29-07-2025
Berita Auto
Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto
Bilik Pameran Baharu:  ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

ETCM membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

04-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026