Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-13.jpg


Aston Martin Vantage 2024 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi. 


Tiba dengan penuh kemegahan di Malaysia pada hari ini, Aston Martin Vantage 2024 kini ditawarkan di pasaran dengan harga bermula daripada RM2.37 juta, termasuk duti dan cukai, sebelum pilihan kustom.


TRENKUASA & PRESTASI ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU


Aston Martin Vantage baharu menawarkan prestasi luar biasa, dikuasakan oleh enjin  V8 Twin-Turbo 4.0L diambil daripada AMG yang menghasilkan kuasa mencecah 656 hp (665 ps) dan tork 800 Nm. Ini adalah peningkatan signifikan berbanding pendahulunya, masing-masing dengan pertambahan sebanyak 30% dan 15%. 


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-23.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-2.jpg


Kuasanya lebih 153 HP dan 115 NM berbanding model V12 sebelum ini. 


Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan ZF dan Final Drive Ratio (3.083:1) yang dipendekkan, Vantage mampu bergerak dari 0-96 km/j (0-60 batu/jam) dalam hanya 3.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 325 km/j (202 batu/jam). 


Sistem penyejukan enjin juga dipertingkatkan untuk disesuaikan dengan sistem enjin yang semakin berkuasa, memastikan suhu udara masuk yang stabil agar prestasi kekal konsisten. 


KUALITI PENGENDALIAN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU


Aston Martin Vantage menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan kerana memiliki struktur badan yang kukuh, yang membantu meningkatkan keseimbangan kereta, sekaligus menjadikan pemanduan terasa lancar. 


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-8.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-16.jpg


Sistem pengendalian bantuan kuasa elektronik (EPAS) Vantage, menawarkan input pemandu secara terus kepada kenderaan. Ini disempurnakan lagi dengan penggunaan tayar Michelin Pilot Sport S 5 dan rim aloi 21 inci untuk cengkaman dan respons yang lebih baik.


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-19.jpg


Kehadiran sistem kawalan dinamik kenderaan aktif juga membantu melancarkan pemanduan. Sistem ini membolehkan kenderaan dipandu di selekoh dengan lebih baik dan ‘tajam’ atau ‘tepat.’ 


Selain itu, Vantage juga dilengkapi dengan ciri-ciri menarik lain seperti  komponen Electronic Rear Differential (E-Diff) dan  Integrated Traction Control yang membantu kereta agar kekal stabil dan seimbang. Dengan Adjustable Traction Control, pemandu boleh menyesuaikan berapa banyak cengkaman yang diperlukan di bahagian tayar, memberikan pemandu jenis kawalan yang fleksibel untuk pelbagai keadaan. 


REKA BENTUK ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-15.jpg


Aston Martin Vantage baharu tampil menyerlah dengan bentuk badan yang lebih lebar dan reka bentuk hadapan baharu, menampilkan aperture gril yang lebih besar dan pemasangan integrated splitter yang meningkatkan aerodinamik dan kestabilan pada kelajuan tinggi. 


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-4.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-9.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-7.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-10.jpg


Ciri menyerlah lain ialah strake sisi ikonik Aston Martin, rim aloi bersaiz 21 inci dan cermin pintu tanpa bingkai, bampar belakang yang lebih lebar dan ekzos berkembar memastikan penampilan dramatik dari setiap sudut.


KABIN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU


Sebagai sebuah model ultra-mewah, Aston Martin Vantage baharu menggabungkan reka bentuk dalaman yang menawan, penggunaan bahan premium dan teknologi terkini.


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-27.jpgCaricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-25.jpg


Vantage dilengkapi dengan sistem audio Aston Martin 390w 11 speaker sebagai standard, untuk pencinta muzik, sistem audio lebih premium Bowers & Wilkins turut ditawarkan, yang menampilkan 15 speaker 1,170W. Model ini diberikan sistem infotainmen generasi seterusnya, yang dibangunkan Aston Martin dan pertama kali digunakan pada DB12, sistem ini boleh dihubungkan dengan sistem iOS dan Android. 


Ciri lain ialah tempat duduk sport boleh laras 8 arah dengan fungsi pemanas yang didatangkan secara standard, untuk keselesaan optimum pengguna boleh memilih ciri tambahan sistem ventiasi, dan pelarasan 16 arah. Tempat duduk juga boleh diberikan balutan gentian karbon, stereng dengan fungsi pemanas dan sebagainya. 


HARGA JUALAN ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-14.jpg


Kunjungi Aston Martin Kuala Lumpur untuk melihat Vantage baharu dengan lebih dekat atau untuk membuat tempahan. Aston Martin Vantage baharu dijual pada harga bermula daripada RM2.37 juta termasuk cukai dan duti, sebelum pilihan kustom. Pembelian adalah termasuk jaminan lanjutan sehingga 20 tahun seperti model Aston Martin yang lain. 

Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-1.jpg



Tag:

Aston Martin Malaysia
Aston Martin Vantage
Aston Martin Vantage 2024
Vantage V8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Berita Auto
Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li

Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.

02-05-2025
Kereta Baru
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.

24-05-2022
Berita Auto
Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!

Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage.

02-09-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru
Proton S70 MC1  2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026,  Harga Sama

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru
SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru
Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru
Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026