Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-13.JPG


GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya dikendalikan oleh rakan pengedar jenama, Evo Cartech Sdn. Bhd, anak syarikat  Evolution Autotech Sdn. Bhd. Cawangan yang mula beroperasi secara rasmi hari ini terletak di Blok E-LG-02, CBD Perdana, 3, Jalan Perdana, 63000, Cyberjaya, Selangor.


Berkeluasan 4,434 kaki persegi, bilik pameran ini menawarkan rangkaian produk automotif terkini GAC Motor termasuk SUV kompak GAC GS3 Emzoom yang boleh dipandu uji oleh pengunjung bermula esok, 16 hingga 19 Mei bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, sempena GAC Cyberjaya Roadshow. 


GAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-7.JPG


Diedarkan oleh WTC Automotif (M) Sdn. Bhd. (WTCA), SUV ini dikuasakan oleh enjin yang berkuasa dan efisien, 1.5 liter turbo berpengecas turbo berkuasa 175 hp pada 5,500 rpm dan tork 270 Nm pada 1,400 rpm. Model ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa hanya 8.0 saat. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 5.9 liter/100 km. 


Untuk perincian mengenai model ini, klik artikel pelancaran yang bertajuk: GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K


Berucap semasa majlis perasmian, Pengarah  Evolution Autotech Sdn. Bhd., Ng Tian Poh berkata, "Kami adalah pemain baru dalam industri automotif dan kami berterima kasih atas sokongan pengedar seperti WTC Automotif yang membantu kami di peringkat permulaan perniagaan automotif kami tahun ini." 


GAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-14.JPGGAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-11.JPGGAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-4.JPG


Tambah Ng, lokasi bilik pameran baharu ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik, terletak hanya 20 minit dari Kuala Lumpur. Terkenal sebagai hab teknologi di Malaysia, Cyberjaya menempatkan kira-kira 140,000 orang penduduk, populasi di bandar ini dijangka meningkat kepada 350,000 pada tahun 2039. 


GAC-Motor-Cyberjaya-Dealership-5.JPG


"Dengan GAC Motor, Evo Cartech bersedia untuk menyediakan keperluan automotif bagi penduduk setempat dan pekerja di sini, di Cyberjaya," kata Ng.


Sempena GAC Cyberjaya Roadshow, SUV kompak GAC GS3 Emzoom boleh dipandu uji bermula 16 hingga 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Hubungi  019-385 7301 untuk janji temu. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rasmi GAC Motor Cyberjaya.  


Tag:

GAC Motor
GAC Motor Cyberjaya
GAC GS3 Emzoom
Bilik Pameran GAC Motor
Pandu Uji GS3 EMZOOM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada  RM120,000

GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000

WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.

20-07-2025
Berita Auto
Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya

Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

30-04-2025
EV
GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia

GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia

Syarikat automotif China, GAC mendedahkan model EV terbaharunya, GAC Aion UT di China baru-baru ini.

04-03-2025
Kereta Baru
KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan

KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan

GAC M8 PHEV kini turut dipamerkan di KLIMS 2024.

05-12-2024
EV
GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

20-09-2024
EV
Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!

Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!

GAC baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaru kepada umum di bawah sub-jenamanya, Hyptec.

26-08-2024
Berita Auto
GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

18-08-2024
Kereta Baru
Panaslah Punggung Pesaingnya!

Panaslah Punggung Pesaingnya!

GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

15-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026