- Berita
- Berita Auto
- MAS 2024: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar
MAS 2024: JAECOO Malaysia Meterai Kerjasama Dengan 30 Wakil Pengedar

JAECOO Malaysia sebentar tadi telah merasmikan kerjasama dengan 30 wakil pengedar eksklusifnya di negara ini.
Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen, semasa upacara untuk penandatanganan kerjasama di Malaysia Autoshow 2024 berkata, “JAECOO Malaysia komited terhadap pertumbuhan jangka panjang di Malaysia menerusi sokongan rangkaian perkhidmatan yang kukuh. Kami teruja berganding bahu dengan rakan kongsi pengedar kami untuk membawakan kenderaan terbaik dalam kelasnya yang dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pengalaman pelanggan terbaik ke pasaran Malaysia.
Falsafah jenama kami, 'From Classic, Beyond Classic' jelas menggariskan matlamat kami untuk mentakrifkan semula pengalaman premium mudah milik buat jenama SUV pencabar ini. Ternyata, JAECOO bersedia untuk mencipta kejayaan di Malaysia.”
JAECOO Malaysia bersedia untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang premium. Untuk ini, pusat pengedarannya akan dilengkapi dengan laluan eksklusif, Super Walkway, untuk menyambut para pelanggan. Selain itu, terdapat stesen kopi khas berkonsepkan bar, pameran produk yang menarik, serta ruang khas untuk penyerahan kereta. Turut disediakan ialah pasukan penasihat yang profesional dan juruteknik yang terlatih.
Aspek lain untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar juga diberikan perhatian kerana JAECOO memiliki gudang alat ganti kereta dan kilang pengeluaran di Malaysia, menjanjikan ekosistem yang komprehensif di negara ini.


Dalam majlis yang sama, JAECOO telah mempamerkan barisan model yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada masa akan datang iaitu sebuah model hibrid plug-in (PHEV), JAECOO J7 dan kenderaan elektrik (EV) JAECOO J6.
Untuk info selanjutnya, layari www.jaecoo.com.my atau ikuti platform media sosial rasmi JAECOO Malaysia.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
