Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Countryman SE & JCW Elektrik Dilancarkan Hari Ini – Harga Dari RM260K

Sofea Najmi

21-5-2024

Kongsi melalui

IMG_5149.JPGIMG_5176.JPG

MINI Malaysia telah membuka tirai bagi pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) dengan pelancaran MINI Countryman generasi ketiga. Pasaran Malaysia kini secara rasminya menerima kedatangan crossover kompak terbaru jenama ini dalam bentuk Countryman SE ALL4 elektrik sepenuhnya dan varian berprestasi, JCW Countryman ALL4.

MINI Countryman SE ALL4 baharu menggunakan platform UKL2 daripada BMW yang sama digunakan pada SUV EV BMW iX1 dan iX2 baharu. Dengan bateri berkapasiti 66.5 kWj, model ini boleh mencapai jarak EV sehingga 432 KM (WLTP) dalam satu cas.


Countryman SE baharu menyokong pengecas AC sehingga 22 kW, manakala DCFC pula dihadkan pada 130 kW. Dengan pengecas pantas, ia boleh dicas dari 10-80% dalam masa kurang daripada 30 minit.


Caricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-10.jpg


Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) oleh dua motor dengan output 313 hp dan 494 Nm. Sistem ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan pada 180 km/j.


Mengenai versi ICE yang lebih sporty dan berprestasi, JCW Countryman ALL4, ia dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang menghamburkan kuasa setinggi 300 hp dan 400 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik DCT 7-kelajuan Steptronic Sport dan sistem pacuan semua roda 4ALL MINI, JCW Countryman mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat dan kelajuan maksimum 250 km/j.


JCW Countryman juga diberikan brek prestasi khas JCW dan sistem suspensi adaptif yang telah ditala untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty, kedua-duanya menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih mengasyikkan berbanding model elektrik. 


Caricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-2.jpg

Caricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-17.jpgCaricarz-MBA-MINI-Countryman-MAS2024-14.jpg



Dari segi kosmetik, kedua-dua MINI Countryman SE dan JCW Countryman memiliki penampilan yang lebih menyerlah berbanding keluaran terdahulu. Antara ciri menarik di bahagian luar kedua-dua versi ini ialah gril depan berbentuk oktagon yang baharu dengan lampu depan LED baharu (kini dalam reka bentuk yang lebih tajam), lampu belakang LED penuh dengan tiga pencahayaan berbeza yang eksklusif, serta bumbung  yang sedikit melengkung yang bersambung sempurna kepada tiang C kereta.


2024-Mini-Countyman-SE-Interior-26-1536x1024.jpg2024-Mini-Countyman-SE-Interior-3-1536x1024.jpgP90530292_highRes.jpgP90530295_highRes.jpg


Countryman SE hadir dengan pakej kemasan Favoured yang merangkumi penggunaan aksen hitam berkilat, perumah cermin sisi dan bumbung berwarna Piano Black (hitam) atau Vibrant Silver (perak), plat skid optikal baharu pada bahagian depan dan belakang, dan rim aloi jejari Windmill 20-inci yang baharu dalam dua tona. 


Sementara itu, JCW Countryman pula hadir dengan pakej kemasan sporty JCW, yang termasuk perumah cermin sisi dan bumbung merah, rangka hitam berkilat mengelilingi gril dan logo di bahagian depan, jalur merah pada dan hitam pada bonet, penutup batang yang berkilat, elemen cladding pintu, serta satu set rim aloi jejari JCW Flag 20-inci yang menggunakan tayar sport. 


Di dalam kabin, Countryman baharu tampil lebih besar berbanding model terdahulu, sarat dengan pelbagai kemudahan dan teknologi. Kedua-dua varian Countryman diberikan skrin infotainmen bulat 9.44-inci dengan sistem MINI OS 9 baharu, kluster instrumen digital yang lebih kecil dilengkapi dengan papar pandu (HUD) yang intuitif, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik (dengan fungsi memori dan urutan untuk pemandu), sistem audio keliling Harman Kardon 12 speaker, dan cermin pandang belakang dengan fungsi anti-silau automatik.


Pakej kemasan Favoured Countryman SE memberikan ciri tambahan seperti  stereng sport, upholsteri fabrik dengan corak houndstooth berwarna Dark Petrol, jalur fabrik dengan aksen berwarna, dan tempat duduk sport JCW yang diperbuat daripada Vescin Beading dalam warna Vintage Brown atau Dark Petrol. 


Sementara itu, JCW Countryman  pula diberikan kemasan bercorak khas JCW dalam warna merah, jalur fabrik aksen Anthracite, dan tempat duduk sport JCW yang diperbuat daripada Vescin berlubang dalam warna JCW Black dengan aksen merah dan kelabu, serta stereng JCW yang lebih sporty.


Dari segi keselamatan, kedua-dua MINI Countryman SE dan JCW Countryman baharu diberikan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif melalui pakej keselamatan Driving Assistant dan Parking Assistant Plus. 


Teknologi ini merangkumi fungsi ADAS standard seperti Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual, Bantuan Pengelak, Amaran Pelanggaran, Amaran di Persimpangan, Amaran Penukaran Lorong (Titik Buta), Amaran Keluar, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Pengecaman Tanda-Tanda Jalan dan banyak lagi.


Dengan pakej keselamatan tambahan, Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Professional akan memberikan Countryman beberapa fungsi ADAS dan bantuan parkir lain seperti Kawalan Jelajah Aktif dengan Henti-Mula, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik, Fungsi Parkir dari Jarak Jauh, Bantuan Manuver, dan Bantuan Undur. 


Kini boleh didapati untuk tempahan, MINI Countryman 2024 generasi ketiga ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM260,000 untuk versi Countryman SE ALL4 elektrik, manakala model ICE, JCW Countryman ALL4 pula ditawarkan pada harga lebih tinggi iaitu RM399,000. 



Tag:

MINI Countryman
MINI Countryman electric
BMW Group Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
MINI Countryman C, Varian Permulaan Terbaru Diperkenalkan – MHEV, 168 HP

MINI Countryman C, Varian Permulaan Terbaru Diperkenalkan – MHEV, 168 HP

MINI Countryman generasi ketiga kini ditawarkan dengan varian baharu. Ini spesifikasinya...

20-12-2023
Kereta Baru
Harga Rasmi Model CKD BMW 530i M Sport & MINI Countryman S ALL4 Diumumkan – Dari RM258,888!

Harga Rasmi Model CKD BMW 530i M Sport & MINI Countryman S ALL4 Diumumkan – Dari RM258,888!

BMW Group Malaysia hari ini mengesahkan harga rasmi bagi dua model pemasangan tempatan (CKD) terbarunya, BMW 530i M Sport generasi G60 dan MINI Countryman S ALL4.

13-02-2025
Berita Auto
BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800

BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).

21-01-2025
Kereta Baru
BMW 530i M Sport Kini Boleh Ditempah – CKD, Anggaran Dari RM400,000

BMW 530i M Sport Kini Boleh Ditempah – CKD, Anggaran Dari RM400,000

BMW Group Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh kemeriahan melaluI pengenalan dua model terbaru untuk pasaran tempatan. Salah satunya ialah sedan BMW 530i M Sport.

16-01-2025
Berita Auto
BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Malaysia menekankan pentingnya sokongan kerajaan untuk memacu industri kenderaan elektrik (EV) yang dipasang secara tempatan (CKD).

26-11-2024
Berita Auto
BMW Group Malaysia Serah Lebih 8,700 Unit BMW & MINI – 19 Peratus EV

BMW Group Malaysia Serah Lebih 8,700 Unit BMW & MINI – 19 Peratus EV

Walaupun keuntungan global BMW Group terjejas akibat jualan yang kurang memberangsangkan di negara China, prestasi syarikat ini di Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif.

21-11-2024
Berita Auto
Inisiatif ENvision.NEXT Jadi Platform Bakat Seni Tempatan Pamer Kreativiti, BMW Retail.NEXT Jadi Ruang Pameran

Inisiatif ENvision.NEXT Jadi Platform Bakat Seni Tempatan Pamer Kreativiti, BMW Retail.NEXT Jadi Ruang Pameran

BMW Group Malaysia telah melancarkan inisiatif ENvision.NEXT, yang memberi peluang kepada bakat seni tempatan untuk mempamerkan karya kreatif mereka di ruang pameran BMW Retail.NEXT.

17-10-2024
EV
Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021

Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021

BMW Group Malaysia, bersama MyZEVA mendedahkan data yang menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

19-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal

MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal

Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).

09-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800

MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800

GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.

09-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23

Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.

09-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.

09-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025:  Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).

09-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia
Kereta Baru
MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

MAS 2025: Tiggo Cross Belum Dilancar, Tapi ROI Sudah Dibuka, Siapa Tempah Dijamin Terima OGOS Ini

Chery Malaysia secara rasminya mendedahkan Chery Tiggo Cross di pameran Autoshow Malaysia 2025 di MAEPS, Selangor, pagi tadi.

08-05-2025
Kereta Baru
MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.

08-05-2025