- Berita
- Global
- Peugeot 'Undur Diri' dari Pasaran Indonesia Setelah 52 Tahun
Peugeot baru-baru ini telah melancarkan Peugeot 408. Bagaimanapun, Indonesia tidak berpeluang untuk menyaksikan model ini di pasaran mereka.
Hari ini, berita tentang pemberhentian jualan kenderaan Peugeot di Indonesia tersebar di internet. Syarikat pengeluar kereta global, Stellantis, telah mengeluarkan jenama tersebut secara rasmi daripada pasaran tersebut dan disahkan oleh pengedarnya, PT Astra International, melalui beberapa portal berita Indonesia.
Ketua Operasi Jualan Peugeot Astra, Rokky Irvayandi berkata, “Pemilik jenama Peugeot, Stellantis telah membuat keputusan strategik untuk menghentikan penjualan Peugeot di Indonesia. Ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan perniagaan Stellantis di rantau ASEAN.”
Laporan dalam talian juga menunjukkan bahawa operasi jualan Peugeot di Indonesia telah dihentikan sejak Khamis minggu lalu, menandakan berakhirnya kehadiran jenama singa perak Perancis di republik tersebut selepas 52 tahun, sejak diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1972.
Seperti di Malaysia sebelum ini, pengedar PT Astra International hanya menjual tiga model Peugeot iaitu 3008 dan 5008 (kiri), serta model crossover kompak 2008 (kanan).
Sama seperti di Malaysia sebelum ini, PT Astra International hanya menawarkan tiga model iaitu crossover kompak 2008, serta SUV crossover 3008 dan 5008 (dua dan tiga baris tempat duduk).
Walaupun penjualan dan pengedaran Peugeot dihentikan, konglomerat automotif Indonesia ini komited untuk terus menyediakan sokongan selepas jualan melalui empat pusat servis rasmi Peugeot yang masih beroperasi di Indonesia.
Jenama yang bertapak di Indonesia sejak awal 1970-an itu mula menerima permintaan yang memberangsangkan dalam kalangan pembeli Indonesia antara tahun 1990-an dan 2000-an sebelum kembali merosot.
Bagaimana pemberhentian jenama Peugeot daripada antara pasaran terbesarnya di rantau ini akan mempengaruhi rancangan pertumbuhan Stellantis ini membabitkan kilangnya di Gurun, Kedah, masih belum jelas.
Buat masa ini, tidak pasti bagaimana tindakan ini akan memberi kesan kepada rancangan Stellantis untuk berkembang pesat di rantau ASEAN menggunakan kilangnya di Gurun, Kedah. Nantikan perkembangan selanjutnya dari CariCarz.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv