Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru Guna Seminggu, Dah Rosak, Lebur RM51K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang wanita berputih mata apabila dia kerugian sebanyak RM51,000 gara-gara terbeli kereta terpakai yang rosak selain tidak mempunyai waranti.

Nasib malang wanita itu didedahkan di laman  TikTok  milik Bro Wong Used Car.  

Wanita itu menghubungi Bro Wong yang mahir dalam proses pembelian kereta terpakai untuk membantunya dalam menyelesaikan kes terbabit.

Menurut Bro Wong, kereta jenama Toyota Vios itu baru sahaja dibeli kira-kira seminggu yang lalu namun sudah rosak.

Wanita itu ada  melaporkan mengenai keadaan kereta berkenaan, namun penasihat jualan tersebut enggan bertanggungjawab kerana kenderaan itu tidak mempunyai waranti.

Selain terbeli kereta rosak, wanita itu juga terpedaya dengan jumlah bayaran pinjaman.

image.png

Berdasarkan sekeping kertas yang didakwa 'form calculation' jumlah pinjaman, penjual itu turut menulis peratus faedah dalam keadaan mengelirukan iaitu 4 % tetapi jika diteliti semula ia adalah 9%.

Jadi, hasil pengiraan semula mendapati perbezaan bayaran bulanan mencecah RM280 daripada harga asal yang sepatutnya.

Lebih teruk lagi apabila kenderaan tersebut didapati  keluaran 2013 bukan 2014 seperti yang didakwa pembekal kereta terpakai berkenaan.

Di sebalik kes penipuan itu, Bro Wong mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian kenderaan terpakai.

"Beli kereta macam mana pun, kena minta waranti. Paling kurang pun satu hari tetapi perlu ada perjanjian bertulis bukan guna mulut sahaja.

"Tiada benda yang keluar dari kedai tanpa waranti kecuali kalau barang itu murah,” katanya.


Gallery

Tag:

Kereta Terpakai
Toyota Vios
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-12-2024
Berita Auto

12-06-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
Berita Auto

08-12-2023
Berita Auto

28-11-2023
Tips

16-08-2023
Global

13-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026