- Berita
- Teknologi
- AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini, WISEDRIVE merupakan teknologi pemeriksaan kereta terpakai berkuasa AI terbaharu yang merangkumi ekosistem lengkap, termasuk aplikasi telefon pintar.
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah. Namun, landskap pasaran kereta terpakai di Malaysia bakal berubah dengan pelancaran WISEDRIVE, teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini yang direka khusus untuk pasaran kenderaan terpakai.
Dilancarkan di ibu pejabat Unipac Engineering hari ini, WISEDRIVE menjanjikan ketelusan maklumat yang lebih mendalam, sekali gus menamatkan ‘era kerisauan’ pembeli terhadap keadaan sebenar kereta yang ingin dibeli.
Apakah Itu Teknologi WISEDRIVE Dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Pemeriksaan kenderaan boleh dibuat secara terus melalui telefon pintar.
WISEDRIVE bukanlah sekadar sistem pemeriksaan biasa. Ia merupakan ekosistem pintar yang mengintegrasikan AI untuk melakukan pemeriksaan visual, pengecaman bunyi dan analisis diagnostik.
AI ini mampu ‘mendengar’ bunyi enjin dan ‘melihat’ kerosakan yang tidak mampu dikesan oleh telinga atau mata kasar manusia.
Teknologi canggih ini dikatakan mampu memproses 150,000 set data visual dan 31 juta set data audio yang merangkumi 8,245 model kenderaan, termasuk jenama nasional seperti Proton (sejak 1985) dan Perodua (sejak 1994).
Mengapa Sektor Kereta Terpakai Memerlukan Teknologi AI?
Dengan jualan kereta terpakai di Malaysia mencecah angka 800,000 unit setahun, keperluan untuk teknologi yang mampu memberikan info tepat dan pantas adalah sangat kritikal.
Menurut Pengurus WISEDRIVE Malaysia, Hafiz Zubir, teknologi ini dibina untuk meningkatkan kepercayaan dalam ekosistem automotif melalui data yang telus. Bagi penjual atau pengedar, WISEDRIVE membolehkan mereka meletakkan harga yang lebih adil berdasarkan keadaan sebenar kenderaan, sekali gus mempercepatkan urusan pembiayaan dan jualan.
Adakah AI Lebih Hebat Daripada Pemeriksaan Mekanik Biasa?
Contoh laporan yang dihasilkan oleh WISEDRIVE. Langkahnya sangat mudah, bermula dengan proses tempahan selama 2 minit, diikuti dengan sesi pemeriksaan kenderaan selama 90 minit sebelum laporan dijana secara serta-merta.
Statistik yang dikongsi oleh WISEDRIVE cukup mengagumkan. Teknologi ini mampu memberikan analisis enjin 20 kali lebih tepat berbanding pemeriksaan manual.
Bagaimana ia melakukannya?
- 1.3 Juta Sampel Bunyi: AI dilatih dengan lebih sejuta rakaman bunyi enjin untuk mengenal pasti kerosakan spesifik.
- Kesilapan Minimum: Ia meminimumkan 95% kesilapan manusia.
- Kepantasan Luar Biasa: Masa pemeriksaan dipendekkan sebanyak 75%. Pemeriksa hanya perlu memuat naik foto dan video melalui aplikasi, dan laporan penuh akan tersedia secara serta-merta.
Berapa Lamakah Masa Yang Diperlukan Untuk Proses Ini?
Satu lagi kelebihan utama WISEDRIVE adalah kelancaran prosesnya dari awal ke akhir:
- Tempahan: Hanya 2 minit melalui sistem.
- Sesi Pemeriksaan: Mengambil masa kira-kira 90 minit.
- Laporan: Tersedia secara digital serta-merta selepas pemeriksaan selesai.
Mengapa Malaysia Dipilih Sebagai Negara Pertama Di Asia Tenggara?

Ketua Pegawai Eksekutif WISEDRIVE Asia Tenggara, Philipp Moeller, memberi penerangan mengenai teknologi WISEDRIVE.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif WISEDRIVE Asia Tenggara, Philipp Moeller, Malaysia dipilih kerana kedudukannya sebagai negara pengeluar kereta dan mempunyai tahap penggunaan teknologi serta AI yang tinggi dalam kalangan rakyatnya.
Beliau menambah bahawa sistem ini bukan sahaja membantu pembeli, malah memberi nilai komersial kepada bank, syarikat insurans dan bengkel melalui penyeragaman data risiko dan diagnostik. Selepas Malaysia, WISEDRIVE dijadualkan untuk memulakan operasi rintis di Thailand dan Indonesia pada suku pertama 2026.
Revolusi Digital Pasaran Kereta Terpakai
Kehadiran WISEDRIVE menandakan bermulanya era baharu di mana data mengatasi ‘firasat’ dalam urusan jual beli kereta. Bagi rakyat Malaysia, ini bermakna satu lagi lapisan perlindungan disediakan sebelum melaburkan wang ringgit untuk kereta terpakai.
Untuk maklumat lanjut, layari https://wisedrive.my.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv






