Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW Keluarkan Model Edisi Khas: Ada 3 Varian, Semuanya CKD

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW Malaysia memperkenalkan tiga varian edisi khasnya, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition.

Untuk makluman anda, kesemua edisi khas ini dipasang secara tempatan. 

BMW-218i-Gran-Coupe-Final-Edition-Skyscraper-Grey.png

BMW 218i Gran Coupé Final Edition.

Model ini masih menampilkan gaya yang elegan dimana ia kini diserlahkan dengan Shadowline with Extended Contents) dan rim aloi ringan Y-spoke M bersaiz 18-inci 553 M Bicolour. 

Selain itu, ruang kabin kini dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar dan sistem pembesar suara HiFi yang mempunyai 10 pembesar suara.

BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition.

Sementara itu, kedua-dua model ini masih mengekalkan karisma off-road yang lasak dan ciri sporti BMW.

BMW-X3-xDrive30e-Final-Edition-Alpine-White-Vernasca-Black.png

Penampilan  kedua-dua model tersebut dipertingkatkan lagi dengan kehadiran garis bayang lampu M (M Lights

Shadowline) dan garis bayang berglos tinggi M dengan ciri tambahan (M high-gloss Shadowline with extended contents). 

Eksklusif untuk BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah brek M Sport berwarna merah berglos tinggi, menampilkan satu lagi elemen visual yang menonjol.

BMW-X3-sDrive20i-Final-Edition-Black-Sapphire-Vernasca-Black.png

Berkenaan sistem bantuan pemanduan pula, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition didatangkan dengan Kawalan Pemanduan Aktif dan fungsi Berhenti &Jalan 

Selain itu, terdapat juga ciri Bantuan Pemanduan (Driving Assistant) sedia ada, yang membolehkan kedua-dua SAV mengekalkan kelajuan serta jarak dalam barisan secara automatik semasa trafik berhenti dan bergerak. 

BMW X3 xDrive30e Final Edition juga dilengkapi Head-Up Display, serta Pembantu Parkir Kereta Plus yang memberikannya kamera pandangan sekeliling 360 darjah dan Pandangan Jauh 3D (Remote View 3D). 

PILIHAN WARNA:

Daripada segi pilihan warna, BMW 218i Gran Coupé Final Edition boleh didapati dalam warna luaran Skyscraper Grey, Black Sapphire dan Alpine White, manakala upholsteri dalaman tersedia dalam Leather “Dakota” berwarna hitam dengan jahitan biru. 

BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula boleh didapati dalam warna luaran Carbon Black, Alpine White dan M Brooklyn Grey. 

Bagi pilihan upholsteri dalaman, BMW X3 sDrive20i Final Edition menawarkan Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan dekor.

Sementara itu,  BMW X3 xDrive30e Final Edition terdapat dalam Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan biru.

HARGA

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah:

The BMW 218i Gran Coupé Final Edition – RM223,800

Tambahan Servis Pembaikan Inklusif   BMW* - RM10,600

The BMW X3 sDrive20i Final Edition         - RM 311,800 

Tambahan Servis &Pembaikan Inklusif     - RM26,700 

The BMW X3 xDrive30e Final Edition   - RM357,800

Tambahan Servis & Pembaikan Inklusif   - RM26,700 

Model edisi khas baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW mulai Jumaat, 7 Jun 2024 serta di Auto Bavaria AutoFest 2024 yang berlangsung di KL Base, Kuala Lumpur, dari hujung minggu ini 7 hingga 9 Jun 2024, 9 pagi hingga 7 malam. 

Maklumat lanjut mengenai kenderaan terbaharu daripada BMW Malaysia boleh didapati di SINI.


Tag:

BMW X3 sDrive20i
BMW X3 xDrive 30e Final
BMW 218i Gran Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW Perkenalkan BMW 330Li M Sport & BMW X3 sDrive20i xLine, Harga Bermula RM286k+!

BMW Group Malaysia baru sahaja mengumumkan dua model kereta baharu yang dipasangkan dalam negara.

09-04-2021
Berita Auto

BMW Live Cockpit Professional Kini Lebih Canggih Dengan Pelbagai Ciri Personalisasi!

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 218i Gran Coupé generasi baharu dengan pemasangan teknologi lebih canggih.

24-11-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka – Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Beberapa bulan selepas kemunculan globalnya di China, model facelift, Xpeng G6 2025 kini bakal tiba di pasaran Malaysia. Pendaftaran minat (ROI) model ini telah dibuka melalui laman web rasmi Xpeng Malaysia.

24-09-2025
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025