Link Copiedcheck_circle
EV

Hab Pengecasan DC Handal Kini Di WCE Taiping – Dari RM1.50/kWj

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2024-06-14-at-08.13.57_9c2e0668.jpg


CariCarz baru-baru ini telah mengesan kehadiran hab pengecasan DC Handal terbaru melalui aplikasi Plugshare di Lebuhraya Pantai Barat (WCE) berhampiran Plaza Tol Taiping Selatan. Semakan melalui aplikasi ChargeEV menunjukkan bahawa fasiliti tersebut telah mula beroperasi, walaupun tiada pengumuman rasmi daripada DC Handal atau WCE.


Masa Yang Tepat Sempena Aidiladha


Ketersediaan stesen pengecasan ini satu berita baik bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), lebih-lebih lagi kerana ia tiba tepat menjelang musim balik kampung sempena Hari Raya Aidiladha, memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna EV yang menuju ke arah utara menggunakan WCE.


Stesen Pengecasan Kedua Di WCE


DC-Taiping-(13).jpg


Ini adalah stesen pengecasan pantas DC (DCFC) kedua oleh yang disediakan oleh DC Handal di WCE, selepas fasiliti Assam Jawa yang dilancarkan awal bulan lalu.


Baca: Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa SEDIA Sebelum Raya – RM1.50/kWj


Kemudahan Pengecasan Canggih


Kemudahan pengecasan di Taiping ini menggunakan unit Kempower DC, sama seperti yang disediakan di Assam Jawa. Namun, fasiliti ini menggunakan Kempower satelit 400 kW.


DC-Taiping-(14).jpg


Apa yang unik di fasiliti ini adalah penggunaan nozel pengecasan dengan  sistem penyejukan cecair yang paling pantas di negara ini dan mungkin di rantau ini. 


Selain itu, berdasarkan maklumat di aplikasi ChargEV dan pada unit Kempower, pengecas di Plaza Tol Taiping Selatan ini mempunyai satu kabinet 400 kW yang menyokong empat pengecas satelit yang menyalurkan kuasa kepada empat petak pengecasan EV (EVCB), menjadikannya pengecas berkapasiti tertinggi di rangkaian lebuh raya Malaysia.


DC-Taiping-(12).jpg


Tiga daripada empat pengecas satelit mampu menghasilkan output maksimum 200 kW setiap satu, manakala satu lagi (dengan teknologi penyejukan cecair) mampu mengeluarkan output maksimum 400 kW bergantung kepada kadar input maksimum kenderaan. 


Output Dinamik


DC-Taiping-(16).jpgDC-Taiping-(1).jpg


Seperti Kempower DC Handal yang lain, pengecas yang disediakan di sini juga adalah jenis dinamik, yang mana jumlah kuasa yang dikeluarkan berbeza bergantung kepada bilangan kenderaan yang mengecas dan tahap cas (SOC) EV. 


Harga dan Kaedah Pembayaran


DC-Taiping-(11).jpg


Pengguna stesen ini dikenakan kadar yang sama seperti semua stesen DC Handal yang lain, iaitu RM1.50/kWj. Kaedah pembayaran yang diterima termasuk kad debit dan kredit, MyDebit (baharu), Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay dan pembayaran melalui aplikasi JomCharge dan ChargEV. Ciri AutoCharge turut disediakan. 

Baca: PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Tag:

DC Handal
DC Handal Kempower
DC Handal WCE
DC Handal Taiping
Pengecas EV WCE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-10-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026