Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Motor Tamatkan Pengeluaran Honda Cub

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda Motor mengorak satu langkah ke hadapan apabila syarikat itu dikatakan akan menamatkan aktiviti pembuatan motosikal kapcai di Jepun bermula Mei depan.

Langkah itu diambil memandangkan Jepun akan mula menguatkuasa peraturan kawalan emisi yang lebih ketat, pada tahun 2025.

Maka, antara model yang terlibat ialah Honda Super Cub 50.

Lagipun, penamatan model itu juga ada kaitan dengan pengeluaran motosikal dan skuter elektrik yang semakin melonjak sekali gus menyebabkan  populariti Cub 50 semakin merudum sejak kebelakangan ini

Berdasarkan laporan Nikkei Asia, piawaian pelepasan Euro 5 dari 2020 adalah sebab utama Honda terpaksa menamatkan  barisan produk itu.

image.pngimage.png

Piawaian yang ketat dihadkan ke  atas pelepasan hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrogen oksida telah menimbulkan cabaran besar untuk mengekalkan pengeluaran Super Cub 50.

Super Cub bukan sahaja menonjol dari segi jualan tetapi juga merupakan simbol kesederhanaan, kebolehpercayaan dan mudah digunakan.

Honda Cub pertama kali diperkenalkan pada tahun 1958, sekali gus menjadi model yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian orang di seluruh dunia, bukan sahaja di Jepun tetapi juga di banyak negara lain, termasuk  Malaysia.

Buat masa ini, Honda Japan masih menjual motosikal dan skuter bawah 50cc seperti Super Cub, Cross Cub, skuter Benly dan scrambler kanak-kanak CRF50F.


Gallery

Tag:

Honda Motor
Honda Cub
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mitsubishi, Honda & Nissan Bergabung, Sasar Kembali Kuasai Pasaran Automotif

Syarikat automotif Jepun, Mitsubishi Motors bakal menyertai pakatan Honda Motor-Nissan Motor.

29-07-2024

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026