Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PEKEMA Sambut Baik Usaha Kerajaan Tapi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menggesa kerajaan supaya mengawal ketat jumlah syarikat yang diberi permit import (AP) terbuka.

Langkah itu dilihat penting bagi memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin menggesa agar cadangan untuk melantik lebih banyak syarikat AP terbuka dikaji semula sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Pemilihan yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan hanya syarikatsyarikat yang mampu menyumbang positif kepada industri automotif yang diberi peluang, dengan penekanan kepada kualiti berbanding kuantiti.

"Keutamaan harus diberikan kepada syarikat-syarikat yang benar-benar layak dari segi pengalaman dan modal,” katanya.

WhatsApp-Image-2024-06-19-at-13.49.23.jpeg

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai  dasar baru yang diumumkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) mengenai pelaksanaan Dasar AP Terbuka yang lebih telus dan inklusif, berkuatkuasa 1 Julai 2024. 

Empat syarat utama dikenakan ialah syarikat berkenaan berstatus Sendirian Berhad; pemilikan 100 peratus Bumiputera; mempunyai modal berbayar minimum RM1 juta; dan sedang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.

Dalam pada itu, beliau  turut melahirkan kebimbangan sekiranya syarikat-syarikat yang dilantik tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi, keadaan ini boleh mengakibatkan kerugian besar kerana kenderaan terpakai (recond) mempunyai kadar susut nilai yang tinggi.

 "PEKEMA bimbang sekiranya syarikat yang dilantik tiada pengalaman ini boleh mengakibatkan syarikat mengalami kerugian kerana kereta import terpakai ada susut nilai yang ketara,” tambahnya.



Gallery

Tag:

kereta import AP
Malaysian Association of Malay Vehicle Importers and Traders (PEKEMA)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Pekema, Aquateak Jalin Kerjasama Tubuhkan SenangCas

PEKEMA menandatangani kerjasama strategik dengan Aquateak Energy Sdn Bhd untuk membangunkan SenangCas Sdn Bhd.

09-07-2025
EV

MAS 2025: PEKEMA Sahkan 2 Lagi Model EV Bakal Dilancar

PEKEMA bakal lancar dua model baharu iaitu sedan dan SUV.

10-05-2025
Berita Auto

23 Pengedar Dilantik, Dongfeng Box Bakal Dilancar

CADB telah melantik 23 pengedar sah pertama untuk kenderaan elektrik Dongfeng Box, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

28-09-2024
EV

Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?

Rasanya, DongFeng mampu menawan hati orang Malaysia tak?

04-08-2024
Berita Auto

Terokai Kerjasama Teknikal Untuk CKD Dongfeng Box EV

CADB menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NMSB.

25-06-2024
Gaya Hidup

PEKEMA Hulur Sumbangan Kepada 4 Sekolah Di Perak

PEKEMA tekad melakukan program CSR.

31-01-2024
Berita Auto

PEKEMA: Tekad Banteras Rasuah

PEKEMA mengadakan kunjungan hormat ke SPRM.

25-01-2024
Berita Auto

MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF

MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.

26-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026