Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebaik Harga Diesel Baharu Diumum, Permohonan Subsidi Meningkat 548 Peratus!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

448050166_18417077344071966_4386278328988932023_n.jpg448326352_18417077356071966_5373039414044516850_n.jpg


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluluskan permohonan untuk 198,049 kenderaan bagi menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sehingga 12 Jun lalu. Menurut Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, sebanyak 59,940 syarikat telah menerima permohonan subsidi diesel di bawah sistem tersebut.


Peningkatan Dramatik Jumlah Permohonan 


KPDN meramalkan bahawa jumlah permohonan akan terus meningkat menjelang tarikh akhir pada 30 Jun ini. 


Jumlah permohonan menunjukkan peningkatan harian yang signifikan setelah pengumuman pelaksanaan penyasaran subsidi dan pelarasan harga baharu diesel bermula 10 Jun


Baca: Subsidi Diesel Tamat, Harga Diesel Naik RM1.20


image-(16).jpg


“Pada 10 Jun terdapat peningkatan sebanyak 7,097 syarikat atau 477% dan 16,584 kenderaan bersamaan 548% berbanding hari sebelumnya iaitu 9 Jun yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan sejumlah 1,487 syarikat dengan melibatkan 3,028 kenderaan,” kata Armizan. 


Inisiatif Budi Madani 


KPDN-SKDS-(1).jpgKPDN-SKDS-(2).jpg


Pada 27 Mei, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan inisiatif Budi Madani yang menyasarkan pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil dan pekebun kecil komoditi. Program ini melengkapi usaha kerajaan untuk menyalurkan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi Diesel yang dikendalikan oleh KPDN, dengan bantuan tunai RM200 sebulan.


“Kelulusan serta-merta boleh diberikan melalui sistem MySubsidi Diesel sebaik permohonan disertakan dengan maklumat lengkap,” jelas Armizan.


Baca: Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM


Tag:

MySubsidi Diesel
Diesel
Subsidi Diesel
Subsidised Diesel Control System (SKDS)
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penyasaran Subsidi Terbukti Berkesan, Kenderaan Asing Kurang Singgah Stesen Minyak

Kehadiran kenderaan asing mengisi minyak diesel di stesen minyak berdekatan sempadan negara menunjukkan penurunan yang ketara.

25-06-2024
Berita Auto

KPDN Bagi Bayaran Balik Perbelanjaan Diesel Untuk Kelulusan Hingga 30 Jun

Permohonan lengkap untuk 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan akan diberi kelulusan serta-merta.

23-06-2024
Berita Auto

1 Juta 'Fleet Card' Disediakan, Jangan Tangguh Permohonan Subsidi Diesel

Sejumlah satu juta stok ‘fleet card’ telah disediakan untuk pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kelak.

30-05-2024
Berita Auto

Permohonan Subsidi RM200 Diesel Dibuka Untuk Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian, Petani & Pekebun Kecil

Individu pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil, dan pekebun kecil komoditi telah boleh mula membuat permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).

28-05-2024
Berita Auto

Tarikh & Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Diesel Diumum Tidak Lama Lagi – PM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tarikh serta mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bakal diumumkan dalam masa terdekat.

27-05-2024
Berita Auto

14 Jenis Kenderaan Lagi Layak Terima Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan penambahan 14 jenis kenderaan dalam program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua.

14-05-2024
Berita Auto

Syarikat Pengangkutan Boleh Pilih 3 Syarikat Minyak dalam MySubsidi Diesel

Kerajaan telah meluluskan penambahan pilihan daripada dua kepada tiga syarikat pembekal minyak melalui sistem MySubsidi Diesel secara serta-merta.

24-04-2024
Berita Auto

Harga Minyak Naik 5 Sen: RON95 Tanpa Subsidi Kini RM3.82

Minyak tanpa subsidi cuma naik 5 sen.

27-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026