Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SN_Initial-Launching-Lamborghini-Urus-SE-05.jpg


Lamborghini Urus SE dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula daripada RM1.028 juta.


Sebentar tadi, kedatangan Lamborghini Urus SE sebuah ‘Super SUV’ elektrik yang sporty dan elegan telah dirasmikan di negara kita. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM1,028,000,  sebelum aksesori tambahan, duti, cukai dan kos atas jalan. 


TRENKUASA LAMBORGHINI URUS SE


Lamborghini Urus SE menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menjanjikan prestasi dan kecekapan luar biasa. Model ini diberikan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang boleh menghamburkan kuasa setinggi 611 hp dan tork 800 Nm, lebih rendah berbanding Urus S dan Urus Performante, namun dengan gabungan motor elektrik berkuasa 189 hp dan 483 Nm, SUV berprestasi tinggi ini boleh mencapai kuasa keseluruhan setinggi 789 hp dan 950 Nm. 


SN_Initial-Launching-Lamborghini-Urus-SE-19.jpgSN_Initial-Launching-Lamborghini-Urus-SE-20.jpgSN_Initial-Launching-Lamborghini-Urus-SE-18.jpg


Bahagian elektrik model ini dipasangkan dengan bateri berkapasiti 25.9 kWj yang dipasang di bawah lantai,  membolehkan kenderaan bergerak sehingga 60 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya. 


web_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-12.jpgweb_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-13.jpg


Kuasa disalurkan kepada roda, 4WD, melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan. Dengan teknologi trenkuasa ini, Lamborghini Urus SE boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 312 km/j. Jika dibandingkan dengan Urus S dan Urus Performante, masing-masing mencatatkan masa 3.5 (V-Max: 305 km/j) dan 11.2 saat (V-Max: 306 km/j). 


Urus-SE-2.jpg


Urus SE merupakan model pertama yang diberikan teknologi vectoring tork elektrik di bahagian tengah pada kedudukan memanjang dengan klac multi-plate elektro-hidrolik yang mengagihkan kuasa tork berbeza kepada gandar hadapan dan belakang  secara berterusan. 


Sebagai sebuah kereta sport mewah, pastinya mod pemanduan yang ditawarkan agak luar biasa. Secara keseluruhannya terdapat 11 mod pemanduan iaitu Strada, Sport dan Corsa (untuk jalan raya dan litar), Neve, Sabbia dan Terra, (untuk permukaan dengan cengkaman berbeza daripada  asfalt), serta EV Drive, Hybrid, Performance dan Recharge.


REKA BENTUK LAMBORGHINI URUS SE


SN_Initial-Launching-Lamborghini-Urus-SE-02.jpg


Dari segi rekaan, Lamborghini Urus SE semestinya kelihatan menyerlah di jalan raya dengan gaya sporty dan elegan. Di bahagian hadapan, ia diberikan lampu hadapan LED matriks, dan bampar dan gril dalam reka bentuk baharu. 


web_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-6.jpgweb_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-5.jpg


Dari tepi, Urus SE diberikan rim aloi Galanthus bersaiz 23 inci (dengan pilihan kustom dari 21 hingga 23 inci) yang dipadankan dengan tayar standard,  Pirelli P Zero. 


web_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-4.jpgweb_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-7.jpgweb_MBA_Launch_Lamborghini-Urus-SE_-14.jpg


Model ini diberikan pelbagai sentuhan ikonik seperti gugusan lampu berbentuk “Y” di bahagian belakang. Diffuser yang dipasang pada spoiler belakang kali ini memberikan daya ke bawah (downforce) yang 35% lebih tinggi berbanding Urus S. 


Underbody Urus SE turut diberikan air vent dan air duct baharu yang boleh menyejukkan enjin dan sudut mekanikal kenderaan dengan prestasi yang 15% lebih baik. 


KABIN LAMBORGHINI URUS SE


Urus-SE-1.jpeg


Begerak masuk ke bahagian dalam Super SUV ini, anda akan disajikan dengan ruang kabin yang sarat dengan teknologi, mengetengahkan konsep kokpit eksklusif Lamborghini iaitu “pengalaman seperti seorang juruterbang,” kabinnya dipasangkan dengan skrin yang lebih besar, berukuran 12.3 inci dengan interface (HMI) yang kini lebih intuitif. Kelengkapan lain ialah kluster instrumen 12.3 inci. Sudut lain Lamborghini Urus SE kelihatan tidak jauh berbeza daripada keluaran sebelum ini.


HARGA LAMBORGHINI URUS SE


Lamborghini Urus SE ditawarkan di pasaran oleh 
Lamborghini Kuala Lumpur (Sunagata Supercars Sdn Bhd) pada harga bermula daripada RM1,028,000, sebelum aksesori tambahan, duti, cukai dan kos atas jalan. 

Tag:

Lamborghini Urus Super SUV
Lamborghini Urus SE
Lamborghini Urus
Super SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

31-03-2023
Global

01-11-2022
Global

19-07-2022
Kereta Baru

04-06-2024
Global

25-04-2024
Berita Auto
Global

25-04-2024
Global

22-03-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026